Perodua jangka masalah penapis minyak bocor selesai menjelang tengah tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Perodua menjangkakan masalah penapis minyak bocor yang dikaitkan dengan vendornya dapat diselesaikan menjelang pertengahan tahun ini, menurut laporan Bernama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad menjelaskan masalah tersebut membabitkan hampir 40,000 unit kenderaan merangkumi Perodua Aruz dan model kenderaan yang mengadaptasi platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) seperti Perodua Alza dan Ativa.

“Vendor sedia ada perlu membuat penambahbaikan dalam tempoh tertentu yang ketika ini kami sedang pantau berasaskan kepada penambahbaikan yang mereka tunjukkan.

“Ini boleh dilihat menerusi data yang kita kumpul, yang mana kadar tuntutan jaminan telah menurun semenjak Februari. Ini bermakna penapis minyak yang sudah diganti tidak lagi mengalami masalah,” katanya kepada pemberita selepas mempamerkan kereta elektrik konsep pertamanya di pameran Malaysia Autoshow 2023, disini, hari ini.

Pada masa yang sama Zainal Abidin berkata Perodua turut mengkaji beberapa vendor yang lain sebagai langkah alternatif bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Kami telah berbincang dengan beberapa pembekal di seluruh dunia yang boleh memenuhi permintaan penapis minyak model DNGA tersebut,” katanya.

Beliau menjelaskan kereta hasil pengeluaran pengilang komponen asal (OEM) tidak terkesan dengan isu terbabit kerana telah menepati kesemua piawaian mengikut keperluan pengeluaran.

Namun, isu itu melibatkan kereta ‘aftermarket’ (alat ganti alternatif) yang menggunakan pembekal berbeza berbanding dengan OEM, tambahnya.

Sumber: Bernama melalui Malaysiakini

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya sudah pun mengambil…