Perodua jamin harga Aruz tidak akan naik

oleh HEZERI SAMSURI|

Perodua dikatakan akan mengekalkan harga Aruz walaupun pihak kerajaan tidak bersetuju dan percaya Perodua sepatutnya tidak mendapat keistimewaan yang lebih dari syarikat nasional yang lain.

Isu timbul apabila Careta menerima beberapa pertanyaan dari pembaca berkaitan isu harga SUV baharu Perodua, Aruz yang dikatakan naik selepas dilancarkan.

Kami bertanya kepada sumber Careta yang rapat kepada Perodua sendiri dan jawapan yang diberikan sangat positif.

Menurutnya, harga cadangan Aruz sebelum pelancaran ialah dalam RM700 lebih rendah. Ini ialah kerana ia adalah harga cadangan yang masih belum mendapat kelulusan muktamad.

Careta ada juga menerima senarai harga dari pengedar yang menunjukan harga Aruz itu sudah meningkat ke beberapa ribu Ringgit. 

Setelah diperiksa, harga tersebut adalah termasuk insurans komprehensif tanpa diskaun NCB.

Harga Aruz semasa dilancarkan ialah:

  • Aruz 1.5 X - RM72,900 atas jalan tanpa insurans
  • Aruz 1.5 Advance - RM77,900 atas jalan tanpa insurans

Kos insurans sekarang tidak lagi diletakkan di dalam harga kenderaan-kenderaan baharu kerana jumlah premium insurans berbeza bergantung kepada pembeli sendiri.

Berkaitan dengan harga Aruz yang masih tidak dipersetujui oleh pihak kerajaan, sumber rapat Careta menerangkan bahawa ia adalah satu isu yang memang melanda industri automatif negara sekarang.

"Harga yang diumumkan adalah berdasarkan insentif-insentif yang sudah dijanji dahulu. Kementerian Kewangan tidak dapat memberikan alasan kenapa harga itu tidak boleh diluluskan sehingga sekarang," menurut satu lagi sumber terdekat Careta yang arif akan isu audit Kementerian Kewangan  kepada semua agensi-agensi di bawahnya.

"Sekiranya kastam akan menaikan cukai untuk Aruz atas arahan Kementerian Kewangan, Perodua dikatakan akan terus menjual SUV itu dengan harga yang diumumkan oleh mereka dan akan terus mendaftarkan Aruz selewat-lewatnya minggu ini kerana tidak mahu pelanggan mereka menunggu," terang beliau.

"Beza cukai itu akan ditanggung oleh Perodua kerana ia komited dengan harga tersebut," sambungnya.

Perodua bukanlah satu-satunya syarikat kenderaan yang menerima bahana masalah dari Kementerian Kewangan ini. Jenama-jenama lain juga sekarang pening dengan "proses" baharu yang dikatakan tidak konsisten.

"Pelabur-pelabur asing menggeleng kepala dengan masalah ini. Bagaimana negara hendak menarik pelabur asing jika isu ini tidak boleh diselesaikan?," ujar satu lagi sumber Careta yang terbabit di dalam masalah ini.

Careta juga tidak begitu faham apa yang berlaku kerana Perodua ialah sebuah syarikat nasional yang menggunakan 95 peratus komponen tempatan dan juga telah membelanjakan sebanyak RM5 billion untuk membeli kproduk dari vendor dalam negara.

Syarikat nasional yang mengimport 100 peratus produknya pula tidak langsung menerima masalah ini. Malah ada juga syarikat nasional yang  dibenarkan membawa masuk tenaga kerja profesional asing dengan jumlah yang ramai, bertentangan dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan tenaga kerja berskil tinggi di kalangan rakyat tempatan.

Agensi-agensi kerajaan yang lain pula berkata tidak ada sebarang masalah tetapi jika tiada masalah, kenapa ramai pula pahat berbunyi dan kenapa sehingga hari ini, Perodua Aruz masih tidak dapat didaftarkan? 


 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perodua sudah menjual lebih dari 100,000 unit Myvi generasi ketiga setakat hari ini. Myvi generasi…
Berita Domestik
Tiada sesiapa yang suka berjauhan daripada keluarga dan kawan-kawan semasa Tahun Baharu Cina –…
Berita Domestik
Perodua telah menjual lebih 20,100 kenderaan pada bulan pertama tahun ini termasuk mencatat…