Perodua dedah gambar sebenar Axia 2023, bakal dilancarkan tidak lama lagi

oleh Mohamad Hanif|
Perodua telah berkongsi dua keping gambar yang memaparkan rupa sebenar hatchback segmen A Perodua Axia 2023 yang bakal dilancarkan kelak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Buat masa ini, spesifikasi penuh hanya akan diketahui menjelang pelancaran rasmi, namun berdasarkan info terdahulu Axia 2023 masih lagi mengekalkan penawaran enjin 1.0 liter yang dipadankan dengan transmisi D-CVT.

Bercakap tentang Axia, Presiden dan CEO Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, mereka telah menukar hampir semua tempahan terdahulu model Axia semasa kepada model yang baharu.

“Penasihat jualan kami telah menghubungi para pelanggan untuk memaklumkan mengenai pertukaran Perodua Axia Serba Baharu dan kebanyakan mereka bersetuju untuk menukar kepada model baharu tersebut,” katanya.
 

Axia


Dari segi prestasi perniagaan semasa, Perodua telah berjaya mencatatkan angka jualan 21,449 unit sepanjang tempoh Januari 2023, atau peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2022.

Dari segi pengeluaran pula, Perodua menghasilkan 24,590 unit pada Januari tahun ini, peningkatan sebanyak 40.2% daripada 17,538 unit yang dikeluarkan pada Januari 2022.

“Penting untuk dinyatakan  bahawa pada Januari tahun lepas (2022) telah berlakunya banjir, kekurangan bekalan cip semikonduktor, isu tenaga kerja dan kekurangan alat ganti lain – yang telah menghalang pengeluaran dan jualan.

“Namun demikian, peningkatan dalam volum bagi kedua-dua pengeluaran dan jualan telah menunjukkan bahawa ekosistem sedang berjalan seperti yang dirancang,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.
 

Axia


Beliau berkata bahawa Perodua kekal komited kepada matlamat penghantaran kenderaan kepada para pelanggannya secepat mungkin tanpa menjejaskan kualiti atau keselamatan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia berikutan pendedahan Daihatsu Motor Co. dalam satu kenyataan mengesahkan terdapat salah laku di…
Berita Domestik
Isu tersebut telah menjejaskan 88,000 unit kenderaan yang dipasang di Thailand dan Malaysia dan…
Telah Diuji
Berdasarkan semakan di media sosial Careta, tidak kurang ramai juga yang menyambut baik kehadiran…