Perodua ceriakan Rumah Kanak-Kanak Shan sempena Deepavali

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebahagian daripada komitmen Tanggungjawab Korporatnya selama tiga tahun kepada Rumah Kanak-Kanak Shan yang bermula Deepavali lepas, Perodua kembali ke rumah kebajikan itu pada Jumaat lalu untuk berkongsi kasih sayang, keceriaan dan harapan sempena Pesta Cahaya tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sewaktu kanak-kanak berada di taska atau sekolah di awal pagi, 10 anggota sukarelawan Perodua bergotong-royong membersihkan dan menghiaskan kawasan rumah, di samping membuat kolam (seni serbuk berwarna) di hadapan pintu utama.

Ditambah dengan kehadiran maskot Perodua UFirst Ken, anak-anak semua cukup teruja dan gembira apabila mereka pulang ke rumah.


Perodua turut menyumbang sebuah ketuhar industri serta bahan dan peralatan lain bernilai lebih RM5,000, sebagai kesinambungan kepada kelas membuat roti yang telah diaturkan oleh Perodua untuk Rumah Kanak-Kanak Shan awal tahun ini.

Ini membuka peluang kepada mereka untuk mengkomersilkan bahan buatan sendiri.

“Sebagai syarikat People First, Perodua memberi perhatian kepada ikhtiar kebajikan yang mampan, seperti projek jangka masa panjang dengan Rumah Kanak-Kanak Shan ini. Anak-anak sudahpun diajar membuat roti dan kek; sekarang Perodua membekalkan mereka dengan peralatan lengkap supaya mereka boleh melakukan pembuatan berskala sederhana.

“Kami akan membimbing mereka ke arah memasarkan produk mereka, dengan harapan hasil pendapatan mampu membantu mereka menampung kos perbelanjaan mereka sedikit sebanyak. Dengan ini kami juga berharap dapat memupuk semangat dan sifat keusahawanan di kalangan anak-anak semua,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.
 


“Rumah Kanak-Kanak Shan terdiri daripada 20 orang kanak-kanak yang berusia dari 5 hingga 15 tahun. Saya lihat potensi besar di kalangan mereka dan berharap bahawa mereka mampu menjana pendapatan sendiri melalui bantuan kami. Pemimpin dan usahawan Malaysia pada masa akan datang akan terlahir dari mana-mana sahaja. Kami berharap ianya di sini untuk mereka!” tambahnya.

Perodua juga menyumbang RM3,000 tunai kepada Rumah Kanak-Kanak Shan serta mengagihkan duit raya kepada setiap anak-anak dan penjaganya.

Kanak-kanak kemudiannya menikmati minuman petang dan dihiburkan dengan aktiviti seni pasir.

“Deepavali menandakan kecerahan mengatasi kegelapan, juga harapan memenangi kekecewaan. Kami di Perodua berharap bahawa kami telah berjaya dalam membawa semangat itu kepada penghuni-penghuni Rumah Kanak-Kanak Shan yang tersayang. Kami berdoa bahawa mereka akan sentiasa dipenuhi kegembiraan dan keyakinan untuk masa hadapan,” kata Datuk (Dr) Aminar.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…