Perodua catat sejarah dengan rekod jualan tertinggi bulanan 26,852 unit kenderaan

oleh SALINA JALIL|
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperbaharui rekod jualan bulanan tertinggi dalam sejarah penubuhannya sejak 27 tahun lalu dengan menjual 26,852 unit kenderaan pada Oktober.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata angka jualan yang dicatatkan bulan lalu adalah lebih tinggi berbanding 25,035 unit yang dicatatkan pada September.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Pada September, kami telah mencatatkan jualan bulanan tertinggi sepanjang 27 tahun sejarah Perodua dan kini, telah mengatasi pencapaian berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

 

Pada bulan dikaji, Perodua telah menjual 8,052 unit Myvi, 6,738 unit Axia, 6,895 unit Bezza, 3,193 unit Aruz dan 1,974 unit Alza.

 

Ketiga-tiga model teratas kekal sebagai kenderaan terlaris di Malaysia setakat tahun ini.

 

Zainal Abidin berkata, kejayaan itu penting kepada Perodua bagi membuktikan komitmennya terhadap penghantaran secepat mungkin dan juga peranannya dalam memulihara ekosistem automotif.

 

"Dalam Oktober sahaja, kami telah membelanjakan sebanyak RM600 juta untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan, seterusnya menghasilkan kesan pengganda ekonomi yang besar kepada ekosistem automotif tempatan, yang turut terkesan dengan pandemik yang kita hadapi sekarang," katanya.

 

model perodua

 

Ekosistem automotif merangkumi sektor langsung dan tidak langsung, seperti pembekal komponen automotif, pengedar sah, stokis, agensi dan kontraktor.

Rakan niaga tidak langsung termasuk institusi kewangan seperti bank dan syarikat insurans.

 

Dari segi kapasiti pengeluaran, beliau menjelaskan, Perodua kini berada di 98 peratus secara purata pada Oktober dengan pengeluaran 26,362 kenderaan, yang juga menjadi angka bulanan tertinggi daripada kilangnya di Sungai Choh.

 

"Kejayaan ini dicapai dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang diikuti oleh setiap kakitangan dan rakan niaga kami, termasuk bekerja dari rumah serta ujian mandatori bagi mereka yang berada di zon merah, bersama dengan SOP asal yang diperkenalkan pada Mei.

 

"Dengan komitmen pembekal serta pengedar sah, kami dapat menjual lebih banyak kenderaan dan yang paling penting, memastikan kepuasan pelanggan kerana kenderaan Perodua dihantar dalam tempoh yang terdekat.

 

"Strategi kami seterusnya adalah untuk memanfaatkan penawaran nilai dan kualiti dalam produk dan perkhidmatan kami kepada rakyat Malaysia," katanya.

 

Zainal Abidin berkata, Perodua sedang berusaha untuk mengekalkan momentum jualan dan pengeluaran bagi memastikan penghantaran kekal tinggi dan pelanggan berpuas hati dengan tawaran kenderaan dan perkhidmatan mampu milik syarikat.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…