Perodua catat penguasaan pasaran setinggi 43% pada bulan lepas!

oleh Mohamad Hanif|
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mencatatkan penguasaan pasaran setinggi 41.6% bagi suku pertama tahun 2018, dengan jumlah peratusan sebanyak 43% dicapai pada bulan lepas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Perodua kini mencatatkan jumlah jualan keseluruhan sebanyak 75,500 unit kenderaan dengan peningkatan sebanyak 17% tercapai di dalam tempoh empat bulan pertama berbanding tahun lepas. 

Beliau berkata demikian di dalam sidang akhbar pada majlis Iftar Ramadan Perodua 2018 di Hotel One World di sini semalam. 
 


Berikut merupakan sedikit info berkenaan pencapaian Perodua serta hala tuju mereka pada masa akan datang.

  • Senarai tempahan model Perodua kini mencecah 114,000 unit dengan peningkatan sebanyak 14% berbanding tahun lepas. 
  • Pihak Perodua akan berusaha untuk memenuhi permintaan yang tinggi sebaik mungkin selepas pengumuman kadar sifar GST oleh kerajaan. 
  • Myvi masih mencatatkan jumlah permintaan dan jualan tertinggi berbanding model Perodua yang lain
  • Terdapat peningkatan jumlah servis kenderaan sebanyak 3.2% dan jualan alat ganti juga meningkat sebanyak 17%
  • Ketika ditanya perihal harga jualan kenderaan pasca pengenalan kembali SST tidak lama lagi, Perodua mengambil maklum hal ini dan akan mengumumkannya dalam masa yang terdekat. 
  • Halatuju Perodua pasca perlaksanaan SST juga akan diberitahu kemudian, apa yang pasti mereka kini bersiap sedia menghadapi apa jua kemungkinan
  • Susulan pengumuman kadar baharu sifar peratus GST, kadar jualan produk Perodua didapati meningkat berbanding ketika kadar GST masih lagi 6%
  • Terdapat peningkatan kenderaan yang dihantar ke pusat servis serta jualan alat ganti tulen Perodua pasca pengumuman kadar sifar peratus GST. 
     

 

  • Ketika ditanya kemungkinan manifesto kerajaan yang baharu akan memberikan kesan kepada jualan kenderaan Perodua, Datuk Aminar berkata Perodua akan mengkaji dengan lebih mendalam soal ini. 
  • Terlebih dahulu Datuk Aminar mengucapkan tahniah kepada barisan kabinet baharu Malaysia dengan harapan kerajaan dapat meneroka dan memperluaskan peluang pelaburan di Malaysia bagi menyediakan infrastruktur dan teknologi terkini pada harga mampu milik. 
  • Perodua memberikan jaminan akan terus menghasilkan kenderaan yang berkualiti dengan harga yang mampu milik kepada rakyat Malaysia. 
    ​​​​​​​
     


Pada masa yang sama, Perodua menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka dengan menyampaikan sumbangan zakat kepada dua pertubuhan amal, iaitu Pertubuhan Kebajikan Islam Al-Hira' dan Maahad Tahfiz Al-Waiz Bukit Sentosa. 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…