Perodua catat 3,000 unit tempahan Myvi facelift!

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Theophilus Chin
Syarikat Perodua dalam satu sidang media semalam mengesahkan pihak mereka telah pun menerima 3,000 unit tempahan bagi Perodua Myvi facelift yang bakal dilancarkan Khamis ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad menjelaskan, Perodua telah pun memulakan fasa pengeluaran bagi hatchback segmen B paling laris itu sejak 9 November lagi.

Malah, penghantaran unit baharu ke Sabah dan Sarawak juga telah pun dilakukan bagi memastikan ia dapat dihantar kepada pelanggan dalam masa yang telah ditetapkan

Dalam beberapa siri teaser yang didedahkan sebelum ini, Perodua Myvi facelift dijangka membawakan banyak perubahan dari segi spesifikasi, seperti contoh:

1. Rekaan meter analog yang lebih sporti
2. Skrin tengah dengan paparan berwarna
3. Rekaan roda stereng yang diambil secara terus dari Ativa
4. Myvi baharu dilengkapi dengan mod 'PWR'
5. Ciri keselamatan seperti kawalan jelajah adaptif, bantuan pengekalan lorong, halangan keluar lorong

Perodua dalam satu siaran media sebelum ini turut mendedahkan Myvi facelift akan menawarkan penjimatan bahan api yang lebih baik berbanding Myvi sedia ada, dan ini memberikan bayangan bahawa model paling laris itu bakal menerima naiktaraf kepada transmisi D-CVT.

Rupa sebenar Perodua Myvi telah pun diketahui umum, di mana ia bakal membawakan rekaan lampu yang berubah, bampar dengan lampu nyalaan siang DRL jenis menegak, komponen seakan skid plate pada bampar depan.

Dengan pengenalan ciri baharu ini, ia sekaligus menjadikan Perodua Myvi facelift sebagai salah satu model yang paling berbaloi untuk dimiliki di bawah julat harga RM60,000.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Apa tidak popularnya, jika ada video viral di media sosial, Myvi sering menjadi ‘watak utama’ atau…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, berdasarkan rakaman berdurasi 39 saat…
Berita Domestik
Katanya, video berdurasi 60 saat itu menunjukkan sebuah kereta jenis Myvi warna kelabu dipandu…