Perodua catat 21,500 unit jualan pada bulan Jun

oleh SALINA JALIL|
Berikutan pengecualian cukai jualan yang diumumkan kerajaan pada 5hb Jun bagi merangsang jualan kenderaan di sebalik pandemik COVID-19, jualan Perodua pada Jun 2020 dianggarkan sebanyak 21,250 kenderaan – jualan bulanan tertinggi setakat tahun ini dan hampir tiga kali ganda jualan bulan lepas.


“Langkah kerajaan untuk mengecualikan cukai jualan mewujudkan banyak manfaat. Pembeli boleh menikmati harga kenderaan yang dikurangkan – bagi Perodua, kurang sebanyak 3 peratus hingga 6 peratus sehingga akhir tahun ini.


“Kenaikan jualan kami akibat penurunan harga tersebut membolehkan kami membantu ekosistem pembekal dan pengedar pada masa yang sukar ini – pada Jun sahaja kami telah membelanjakan hampir RM500 juta untuk membeli komponen tempatan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
Modenas

 

Perodua berjaya menjual 8,601 kenderaan pada Mac sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada 18hb, membawa kepada penutupan operasinya selama dua bulan. Perodua kembali beroperasi secara rasmi di seluruh negara pada 19hb Mei dan berjaya menjual 7,886 kenderaan sebelum akhir bulan tersebut.


“Kami juga telah melanjutkan waktu operasi pusat servis dan hab Badan & Cat (B&P) terpilih di seluruh negara. Para pelanggan yang ingin servis kenderaan mereka diminta untuk membuat janji temu terlebih dahulu dengan pusat servis pilihan mereka,” kata Dato’ Zainal.

 

Jualan Perodua setakat tahun ini (YTD) kini berjumlah sekitar 74,000 unit.


“Kami amat bersyukur kerana berjaya membangkit kembali hanya dalam masa kurang dari dua bulan sejak pembukaan semula operasi kami di seluruh negara. Kami optimis dan berharap momentum ini akan berterusan agar industri terus berkembang,” ujar Dato’ Zainal.


“Sebagai syarikat kenderaan terbesar di Malaysia dari segi jumlah, kami mengulangi komitmen kami kepada kerajaan untuk membantu industri dan ekosistem sejauh mampu, termasuk mengekalkan pekerjaan, agar kita semua dapat menempuhi fasa yang mencabar ini,” tambah beliau.

Add new comment

Berita Berkenaan

Uncategorized
  Pengeluar kenderaan tersebut menganggarkan penguasaan pasaran Julai dan YTD sebanyak 40 peratus …
Informasi
“Sumbangan Perodua ini merupakan tanda penghargaan kepada masyarakat sekeliling yang telah…
Berita Domestik
  “Dengan kedatangan ASA 2.0, Perodua Myvi kini membawa tahap keselamatan dalam julat harga ini…