Perodua Bezza, sedan terlaris di Sri Lanka

oleh SALINA JALIL|
Perodua Bezza telah menjadi sedan bawah-1.0 liter baharu yang terlaris di Sri Lanka dalam tempoh dua tahun ianya terjual di negara tersebut.


Malah, setakat tujuh bulan pertama 2019, Perodua Bezza menduduki tempat teratas dalam kategori di bawah 1.0 liter di Sri Lanka dari segi jualan kenderaan baharu, baik sedan mahupun hatchback.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dilancarkan di Sri Lanka pada Jun 2017 dengan harga Rs 3.69 juta (RM86,200*), Perodua Bezza telah terjual sebanyak 1,500 unit di sana dan menjadikannya antara model Perodua yang mencatat jualan terpantas di negara tersebut, bersama dengan Perodua Axia, yang telah mencapai jualan 3,000 unit sejak 2015.

 

Sri Lanka merupakan pasaran eksport terbesar untuk jenama Perodua. Pengedar tempatannya, Unimo Enterprises, telah menjual lebih 15,600 kenderaan Perodua sejak 1997.

 

“Kami mengucapkan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Unimo Enterprises En Mahesh Gunathilake dan kakitangannya atas usaha mereka untuk mempromosikan jenama Perodua yang telah membawa kepada pencapaian ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

 

 

Dato’ Zainal berkata Perodua akan terus memberi sokongan kepada para pengedarnya di luar Malaysia, selari dengan hasratnya untuk berkembang di rantau Asia-Pasifik.

 

“Kami bekerja rapat dengan Unimo dengan menyediakan latihan teknikal dan pengetahuan produk untuk kakitangan jualan dan servis mereka, supaya kami dapat memberi keyakinan penuh kepada pelanggan Sri Lanka yang kami hargai,” Dato’ Zainal berkata.

 

Varian Bezza tunggal yang dijual di Sri Lanka dikuasai enjin 998 cc VVT-i blok aluminium yang disambungkan kepada transmisi automatik kawalan elektronik empat-kelajuan, dengan kecekapan bahan api yang dinilai melebihi 21 km/l.

 

 

pic 1

 

 

“Pelanggan kami menggemari Perodua Bezza dan Axia kerana kenderaan tersebut kompak, praktikal, berkualiti tinggi, boleh dipercayai, lasak serta cekap bahan api. Kedua-duanya juga mempunyai ruang dalaman yang cukup luas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Unimo Enterprises En Mahesh Gunathilake.

 

“Khususnya, Perodua Bezza telah memperkenalkan segmen sedan kompak dengan jayanya di Sri Lanka, pasaran yang telah lama meminati kenderaan hatchback. Pelanggan kami menggemari rekabentuknya, keselesaannya dan ruang bagasinya yang berisipadu 508 liter.

 

“Perodua Bezza boleh menempatkan lima orang dengan selesa dan juga membawa bagasi mereka, menjadikannya sangat sesuai untuk perjalanan seisi keluarga,” tambahnya.

 

Sasaran eksport Perodua untuk 2019 adalah sebanyak 3,270 kenderaan – 50% lebih daripada 2,184 unit yang dieksport tahun lepas. Lebih 80,000 kenderaan Perodua telah dijual di luar Malaysia setakat ini.
 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Apa tidak popularnya, jika ada video viral di media sosial, Myvi sering menjadi ‘watak utama’ atau…
Berita Domestik
Beliau berkata, kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu mangsa terbalik setelah melanggar belakang…
Informasi
“Perodua akhirnya setuju untuk beli semula kereta saya dengan harga penuh! “Dengan keputusan ini,…