Perodua Bezza diiktiraf Majlis Rekabentuk Malaysia - Kereta terbaik di bawah kategori Ruang Awam dan Produk Pengangkutan

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Sedan pertama Perodua iaitu Bezza nyata berada dalam kelas tersendiri selepas menerima sambutan hangat rakyat Malaysia dengan jualan sebanyak 50,900 unit sejak dilancarkan pada Julai tahun lepas. Kini sedan itu diakui oleh badan profesional iaitu Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) apabila diiktiraf sebagai kereta terbaik di bawah kategori Ruang Awam dan Produk Pengangkutan 2016. MRM adalah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan badan itu turut menghargai pelbagai industri tempatan lain yang konsisten dalam menjalankan aktiviti penyelidikan & pembangunan (P&P) bagi menghasilkan produk inovatif.

BEZZA_BACK_LEFT_

Penyerahan anugerah Malaysia Good Design Mark kepada Perodua dibuat pada Majlis Malaysia Good Design Mark 2016/2017 yang berlangsung pada 18 April lepas. Majlis itu dihadiri oleh Timbalan Menteri MOSTI iaitu YB Datuk Wira Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah. "Pengiktirafan ini adalah hasil daripada kerja keras kami dalam mengeluarkan kenderaan tempatan dengan standard global. Pengiktirafan ini juga akan membantu dalam menambah baik diri dan keupayaan kami dalam memenuhi serta melebihi jangkaan pelanggan Perodua selari dengan kepercayaan kami untuk sentiasa melakukan perubahan dalam kesemua aktiviti yang dilakukan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh. "Kami juga menghargai sokongan kuat daripada rakyat tempatan buat Bezza dan ingin berterima kasih kepada kesemua yang terlibat termasuk pelanggan di atas sokongan yang diberikan kepada Perodua," kata Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh. [gallery size="medium" ids="27855,27854,18337"] Selain daripada anugerah yang diterima MRM, Perodua Bezza sebelum ini turut menerima pengiktiran Kereta Tahunan Frost & Sullivan 2017 dan juga Debut Kereta Tahunan Frost & Sullivan 2017. Bahagian badan atas Bezza direka sepenuhnya oleh Perodua dan merupakan sedan kompak pertama syarikat itu yang turut menerima status kenderaan cekap tenaga (EEV). Pada suku pertama tahun ini, Bezza adalah sedan terlaris di pasaran tempatan dengan jualan melebihi 15,900 unit. Untuk mengemaskan tawaran sedia ada, Perodua baru-baru ini telah memperkenalkan Bezza dengan bampar dan kemasan dalaman baharu. Penulis: Muhammad Md Tajudin