Perodua Bezza baharu tidak akan dilancarkan tahun ini – CEO Perodua

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini Careta pernah melaporkan berita tentang kehadiran sebuah model sedan baharu oleh Perodua yang dicanangkan bakal berlaku pada tahun ini, menurut analisis RHB Investment Bank.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun Presiden dan CEO Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad menjelaskan keupayaan Perodua pada ketika ini memungkinkan mereka untuk hadir dengan satu model generasi baharu (Full Model Change) serta dua buah model facelift (minor model change) sepanjang tahun 2023.
 

bezza


“Keupayaan kami pada ketika ini ialah sebuah model FMC dan dua model MC setiap tahun. Disebabkan pandemik COVID-19, keupayaan itu terjejas. Tahun lepas merupakan tempoh pemulihan buat kami, dan tahun ini kami akan kembali kepada keupayaan pra-pandemik,” ujarnya lagi.

Model generasi baharu yang dimaksudkan itu merupakan hatchback segmen A Perodua Axia 2023 yang telah pun dibuka tempahannya siang tadi.

Ini bermakna, untuk sepanjang tahun ini tidak akan ada kehadiran Bezza baharu untuk pasaran Malaysia, di mana Perodua bakal memfokuskan kepada pengenalan dua buah model yang akan dikemaskini penawarannya.