Perodua Bezza 2020 - tiga varian, tempahan sudah dibuka!

oleh Mohamad Hanif|
Kami yakin, sudah ramai para pembaca yang melihat gambar-gambar teaser yang terbocor di laman media sosial sejak semalam, dan hari ini Perodua telah pun menyiarkan video yang memperlihatkan rupa sebenar Perodua Bezza 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan informasi yang diperoleh daripada laman web Perodua sendiri, di sini kami akan ringkaskan spesifikasi Perodua Bezza mengikut varian. 

Dari segi kelengkapan asas, Perodua Bezza kini hadir dengan ciri standard seperti lampu utama LED, rim aloi, kit badan dua tona, sensor undur dan juga ciri keselamatan ABS dan EBD. 

Manakala perincian untuk setiap varian adalah seperti berikut:


Perodua Bezza G

Enjin 1KR-VE 1.0 liter (67 hp/91 Nm)
Transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan
Rim aloi bersaiz 14 inci
Cermin sisi elektrik

Perodua Bezza X
*tambahan kepada ciri G

Enjin 1NR-VE 1.3 liter 91 hp/121 Nm
Transmisi automatik empat kelajuan
Rim aloi bersaiz 15 inci
Sensor hadapan dan belakang
Tambahan ciri Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman (TRC)

Perodua Bezza AV
*tambahan kepada ciri X

Sistem Kemasukan Pintar dengan Kunci Pintar
Butang Pandu Mula
Ciri Advanced Safety Assist 2.0 (ASA 2.0)
 


Seperti kemaskini yang ada pada Perodua Axia, Bezza AV hadir dengan ciri ASA 2.0 yang merangkumi sistem keselamatan seperti:

  • Amaran Pra-Pelanggaran (FCW)
  • Sistem Brek Pra-Pelanggaran (PCB)
  • Sistem Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan (FDA)
  • Kawalan Penyalahgunaan Operasi Pedal (PMC)

Antara perubahan ketara yang dibawakan pada Perodua Bezza 2020 adalah kehadiran lampu utama yang lebih tirus berbanding model terdahulu, rekaan bumper yang kini lebih agresif, perumah lampu kabus dan kemasan liang udara bersegi, serta terdapat liang udara palsu pada bumper belakang. 

Ruang dalaman juga menampilkan perubahan rekaan pada papan pemuka dan panel meter yang diberikan pencahayaan berwarna putih. 
 


Berdasarkan senarai harga yang terbocor, harga jualan Perodua Bezza bermula dari RM34,580 untuk varian G MT, RM36,850 (Bezza G AT), RM43,980 (Bezza X) dan RM49,980 untuk varian premium Bezza AV yang dilengkapi ASA 2.0.

Tempahan untuk Perodua Bezza 2020 sudah pun dibuka oleh Perodua, menandakan fasa pelancaran yang semakin hampir tidak lama lagi. 

Berkenan dengan Bezza 2020? Ataupun anda ada pendapat yang berBezza?

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Malah, Perodua dijangka akan mengedarkan kira-kira 5,600 unit Perodua Bezza 2020 pada akhir Januari…
Berita Domestik
Perodua dalam masa yang sama turut memperkenalkan Aksesori GearUp yang khusus buat Perodua Bezza…