Perodua berjaya serah 28,000 unit daripada 60,000 tempahan Myvi

oleh Afandi Che Muhamad|
Perodua hari ini mengumumkan telah menyerahkan 28,000 unit daripada 60,000 tempahan Myvi yang diterima sepanjang tahun 2017 hingga sekarang.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin (gambar) berkata, pihaknya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan diberikan terhadap model Myvi.

"Bagi menghargai sokongan pelanggan, kami akan berusaha memendekkan tempoh penghantaran Myvi kepada mereka.

"Saya meminta pelanggan yang telah membuat tempahan agar mendaftarkan kenderaan masing-masing secepat mungkin bagi mengelakkan pihak kami lewat melakukan penghantaran," katanya.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
"Jika kita buat kereta di Malaysia, ia akan menjadi kereta paling teruk berbanding kereta buatan…
Berita Domestik
Dua varian Myvi generasi ketiga itu dijual di Singapura. Di bawah ialah senarai varian dan harga (…
Berita Domestik
Perodua menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM20,000 secara keseluruhan serta tawaran eksklusif…