Perodua beri bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang

oleh DIANA ISMADI|
Perodua bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membekalkan barangan asas seperti makanan, ubat, produk kebersihan dan keperluan lain kepada mangsa banjir di Pulau Pinang. Perodua turut menawarkan sukarelawan bagi membantu untuk proses pembersihan dan pemulihan selepas banjir.

"Perodua ingin menyumbang dalam mengurangkan penderitaan akibat banjir. Kami bekerjasama rapat dengan MKN untuk mengenal pasti bagaimana kami dapat memberi impak yang terbaik ke arah memperbaiki keadaan mangsa banjir, "kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perodua mempunyai 12 bilik pameran jualan dan 13 (termasuk dua hab Perkhidmatan Perodua Body & Paint) di Pulau Pinang. Perodua mempunyai seramai 600 orang kakitangan di Pulau Pinang yang terdiri daripada pekerja langsung serta mereka yang berada di bawah perkhidmatan jualan dan servis di mana majoriti kedai terjejas akibat banjir baru-baru ini.


Sebelum ini, Perodua menawarkan bantuan kepada pelanggannya dalam bentuk diskaun untuk bahagian-bahagian terpilih, perkhidmatan tunda bersubsidi ke bengkel dan pemeriksaan percuma kepada kenderaan yang rosak untuk menentukan jumlah kerosakan yang dilakukan kepada kenderaan tersebut.

 

bantuan mangsa banjir


"Kepada para pelanggan yang kenderaannya telah terjejas oleh banjir, kami mengalu-alukan anda untuk menghubungi talian penjagaan pelanggan bebas tol di 1-800-88-5555 untuk bantuan menunda" kata Aminar.


Buat permulaan perodua telah memberi sumbangan awal kepada kakitangan mereka dengan wang tunai sebanyak RM500 dan tambahan sehingga RM3,000 bergantung kepada tahap kerosakan rumah mereka serta bantuan lain seperti menyediakan bekalan perubatan, air bersih, selimut dan keperluan lain.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…