Perodua bawa senyuman kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah

oleh SALINA JALIL|
Perodua baru-baru ini telah menyumbang satu set videoskop fleksibel mudah alih kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, manakala 250 pesakit pediatrik yang kurang berkemampuan menerima sumbangan merangkumi peralatan sekolah dan cermin mata preskripsi.
Modenas

 

Daripada 250 pesakit kanak-kanak tersebut, 200 pesakit berusia di bawah 12 tahun menerima alat tulis sementara 50 pesakit luar diberikan cermin mata preskripsi.

 

“Malaysia kini menunjukkan tanda-tanda positif dalam memerangi COVID-19. Oleh itu, kami sedang mengkaji keutamaan lain dalam memastikan kualiti hidup bertambah baik di negara ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

 

“Sumbangan kami di sini adalah sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah kerana menjalankan tugas menjaga pesakit tanpa kenal penat lelah dan dengan penuh kasih sayang,” tambah beliau.


 

 

Perodua julung kali melawat Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah pada 2018, menyumbang dua set laryngoscope blades dan 40 bantal, serta barangan mainan bagi kira-kira 250 pesakit kanak-kanak di sana.

 

“Berdasarkan maklum balas daripada pihak hospital, kami telah memutuskan untuk terus membantu institusi kesihatan ini untuk meningkatkan kemampuannya serta menyumbang secara langsung kepada masyarakat.

 

“Adalah penting bagi Perodua untuk meneruskan peranannya sebagai organisasi yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap masyarakat Malaysia yang telah memberi sokongan padu kepada kami selama ini,” ujar Dato’ Zainal.

 

sabah

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau menjelaskan bahawa pencapaian 2021 lebih sesuai dibandingkan dengan prestasi 2019, di…
Berita Domestik
Bekalan perubatan itu merangkumi 5,000 pelindung muka, kerusi roda, kerusi tandas duduk, papan…
Berita Domestik
Aruz varian X masih mengekalkan harga RM68,526 sementara varian AV pula kekal RM73,226 (harga atas…