Perodua bawa atlit muda Pertandingan Badminton Junior Tiga-Negara di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

15 bakat muda daripada Program Pembangunan Bakat Badminton (PPBB) Kementerian Pendidikan Malaysia-Perodua kini berada di Tokyo untuk Pertandingan Badminton Junior Tiga-Negara yang diadakan buat julung kali.

Anjuran rakan teknikal dan teknologi Perodua, Daihatsu Motor Company Jepun, pertandingan ini akan menyaksikan atlet murid Malaysia bersaing dengan bakat-bakat muda dari Jepun dan Indonesia yang dicungkil daripada program badminton di negara masing-masing.

“Penyertaan Perodua dalam Pertandingan Badminton Junior Tiga-Negara ini akan memperkukuhkan lagi komitmen jangka panjang kami kepada sukan yang begitu dekat dengan hati rakyat Malaysia. Bagi kami, program ini adalah salah satu daripada perancangan kami untuk memberi pendedahan awal kepada atlet murid untuk bertanding di peringkat antarabangsa.

“Ia juga merupakan inisiatif Tanggungjawab Korporat kami ke arah pembangunan belia dan modal insan Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Pada 24hb Mac nanti, sejumlah 40 orang murid (15 dari Malaysia, 15 Jepun dan 10 Indonesia), berumur 9-12 tahun, akan bertanding di Stadium Nasional Ajinomoto di Tokyo, Jepun.
 

 

“Ramai daripada bakat muda kami di sini tidak pernah menjejakkan kaki ke luar Malaysia sebelum ini. Mereka sangat teruja dan bersyukur kerana diberikan peluang untuk melawat Jepun, di samping dapat berkongsi pengalaman mengenai badminton dengan kenalan baharu dari Jepun dan Indonesia.

“Bagi pihak Perodua, saya mengucapkan terima kasih kepada Daihatsu kerana menganjurkan pertandingan ini antara tiga negara yang menggemari badminton, dan juga kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas kerjasama mereka dalam membangunkan generasi bakat badminton Malaysia yang akan datang,” tambah Dato’ Zainal.

Pada bulan Oktober yang lalu, KPM dan Perodua berjaya menamatkan tahun pertama PPBB, yang melibatkan 2,800 orang murid sekolah rendah, 140 orang jurulatih dan 70 pusat pembangunan badminton di seluruh Malaysia.

Di peringkat profesional pula, Perodua Malaysia Masters, sebuah pertandingan antarabangsa Badminton World Federation, berjaya diadakan buat kali kedua di bawah nama tersebut pada bulan Januari lepas di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…