Perodua bakal terima manfaat pemindahan teknologi daripada perlumbaan endurance WEC 2021!

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Perodua dan Persona Energy Sdn Bhd hari ini mengumumkan kolaborasi pemindahan teknologi untuk pembangunan komponen dan kenderaan tempatan menerusi penyertaan di dalam perlumbaan FIA World Endurance Championship (WEC) 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemindahan teknologi daripada sistem telematik, penanda aras data dan bidang yang relevan di dalam perlumbaan akan digunakan untuk membangunkan rekaan di dalam trenkuasa serta komponen teknologi mobiliti masa hadapan.

Disebabkan teknologi disebalik penderia, telemetri dan pengurusan data di dalam sukan perlumbaan adalah lebih maju berbanding kenderaan produksi, ia mampu memberikan dimensi baharu di dalam pembangunan peringkat tempatan, terutamanya di peringkat OEM dan pembekal.

Menurut Dato' Madani Sahari, CEO MARii menjelaskan, "Menerusi kolaborasi ini, kami akan dapat melihat dimensi baharu daripada teknologi yang digunakan di dalam World Endurance Championship, selari dengan pembangunan komponen kritikal yang disebutkan di dalam Dasar Automotif Nasional 2020.

"Perodua juga amat gembira untuk menyokong usaha yang mampu menambah  nilai serta peluang kepada industri di Malaysia. Kami bukan sahaja melihat ini sebagai satu pendekatan inovatif, akan tetapi satu langkah untuk mencipta bakat baharu di dalam bidang kejuruteraan menerusi pengalaman dan pendedahan di peringkat antarabangsa," tambah beliau lagi.

 


Sebagai sebahagian daripada program Technology Transfer Apprenticeship Programme (TTAP) antara MARii dan Persona Energy, Malaysia akan turut menghantar empat orang jurutera perantis untuk merasai sendiri pengalaman di dalam FIA World Endurance Championship bermula Jun ini.

Empat orang yang dimaksudkan itu adalah Anderson Kent Robert, Luqman bin Othman, Muhammad Amzar Danish bin Chairil dan Muhammad Taufiq bin Mohd Zin, dan mereka ini bakal menjadi sebahagian daripada pasukan perlumbaan JOTA Sport yang akan bertanding pada WEC tahun ini.

JOTA merupakan pasukan perlumbaan yang ternama dan mempunyai pengalaman berlumba di dalam disiplin endurance seperti WEC, selain pernah memenangi kejuaraaan 24 Hours of Le Mans pada tahun 2014 dan 2017.

Turut sama hadir di dalam majlis tersebut adalah Jazeman Jaafar selaku Pengarah Eksekutif Persona Energy; Ariel Maseri (Pengarah Persona Energy); dan disaksikan secara maya oleh Prinsipal Pasukan JOTA, Sam Hignett dan Pengarahnya, David Clark.

JOTA turut mengumumkan peranan Jazeman Jaafar sebagai Pelumba Simpanan, Pelumba Pembangunan kepada pasukan JOTA Sport WEC Team, selain menjadi ketua mentor kepada para perantis program TTAP.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan endurance pada 23 Disember itu akan berlangsung selama 10 jam di Litar Antarabangsa…
Sukan Bermotor
Sebanyak 44 pasukan sudah pun mengesahkan penyertaan mereka di dalam acara eksklusif untuk jentera…
Berita Global
Jentera lumba Ferrari 499P itu bakal memberikan saingan sengit di dalam kelas Le Mans Hypercar, dan…