Perodua bakal miliki Pusat Pameran Digital pertama!

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi kolaborasi antara Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Arus Jaya Automotive Sdn Bhd, Perodua bakal memiliki pusat pameran digital pertama di Malaysia di Sabah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pembangunan Pusat Pameran Digital tersebut berfungsi sebagai platform bagi meningkatkan operasi perniagaan dan pengalaman pembelian pelanggan menerusi adaptasi teknologi digital dan perkhidmatan di rantau Sabah. 

Upacara tersebut disaksikan sendiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YB Datuk Darell Leiking di Hotel Marriott Kota Kinabalu serta turut dihadiri oleh Y. Bhg. Dato' Lokman Hakim Ali, Setiausaha Agung MITI, Dato' Madani Sahari (CEO MARii), Y. Bhg Datuk Zainal Abidin Ahmad (Presiden dan CEO Perodua), Simon Chee (CEO Arus Jaya Automotive Sdn Bhd) dan Lawrence Chin (Naib CEO Arus Jaya Automotive). 

Pusat Pameran Digital ini bakal menggunakan elemen Industri 4.0 seperti Big Data Analytics (BDA), Internet of Things (IoT) dan perkhidmatan berasaskan awan dalam memberikan pengalaman interaktif yang lancar dan mendalam kepada para pelanggan, dan dalam masa yang sama mampu mengurangkan kos operasi dikalangan pemilik perniagaan. 

Ketika proses pembelian, para pembeli boleh menetapkan perincian pada kenderaan mengikut pilihan, dan teknologi yang serupa boleh digunakan untuk mempercepatkan proses transaksi penjualan dan khidmat selepas jualan. 

Teknologi repositori pengetahuan berasaskan awan dan sistem pengecaman ini juga boleh digunakan untuk mengenal pasti dan mengesan rekod kenderaan, informasi kewangan dan pengkalan data perkhidmatan untuk memberikan maklumat yang lebih baik kepada pembekal perkhidmatan, sekaligus meningkatkan pengalaman pengguna.