Perodua bakal lancar Alza baharu tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
Perodua akhirnya mengesahkan pelancaran model pengganti Alza yang akan muncul pada tahun depan.

Memetik laporan daripada rakan media Mekanika, perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad dalam satu sidang media yang diadakan bersempena program pandu uji Myvi facelift di Iskandar Puteri, minggu lalu.

Ini sekaligus menepati berita yang pernah dilaporkan sebelum ini di mana Perodua akan menghentikan produksi MPV popularnya, Perodua Alza pada Januari 2022.

Menurut Zainal, sesebuah model Perodua mempunyai kitaran hidup lima hingga enam tahun, namun Alza masih lagi merupakan model yang sangat popular dan masih mampu dijual sebanyak 1,500 unit meskipun sudah berada di pasaran selama 12 tahun.
 

Alza


"Kalau dilihat dari segi perniagaan, kami tidak perlu menukar model ini. Tetapi, Perodua merupakan syarikat kereta nasional yang bertanggungjawab, dan kami mahu pelanggan di Malaysia memandu sebuah kereta yang selamat dengan teknologi baharu," ujarnya.

Di negara jiran, pihak Daihatsu (dan Toyota) masing-masing telah melancarkan MPV generasi baharu Xenia dan Avanza dan ia menguatkan lagi khabar berkenaan kehadiran model pengganti Alza yang telah pun muncul sejak awal tahun lalu.

Baca: Toyota Avanza generasi baharu
Baca: Daihatsu Xenia generasi baharu

Berdasarkan penawaran Daihatsu Xenia (dan Toyota Avanza), pengganti Alza mungkin sekali akan didatangkan dengan enjin 1.5 liter 2NR-VE yang mampu menghasilkan 106 PS dan 137 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT.
 

Alza
Dah 12 tahun rupanya usia Alza.


Besar kemungkinan ia juga akan dilengkapi dengan ciri keselamatan termaju Perodua Smart Drive Assist (PSDA) seperti yang diperlihatkan pada model Ativa dan juga Myvi facelift baru-baru ini.

 

Sumber: Mekanika

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding jumlah 146,951 unit yang dicatatkan untuk tempoh yang sama tahun lalu, pendaftaran…
Berita Domestik
Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, angka tersebut akan…
Berita Domestik
Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, lelaki berusia 23 tahun terbabit yang memandu Perodua Alza…