Perodua Axia E 2023 – transmisi manual, 67 hp, 91 Nm, bulanan RM300 sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Perodua hari ini secara rasmi mengumumkan ketibaan model kereta yang paling murah dalam pasaran, iaitu Perodua Axia E bertransmisi manual dengan harga bermula dari RM22,000 (atas jalan tanpa insurans).
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah, Axia E diperakui dengan penarafan 4 bintang ASEAN NCAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
 

Axia


Axia E dikuasakan oleh nadi tiga silinder sebaris 1KR-VE 1.0 liter dengan janaan kuasa 67 hp @ 6,000 rpm dan daya kilas 91 Nm @ 4,400 rpm, dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan.

Antara ciri lain termasuklah dua beg udara, sistem amaran tali pinggang keledar untuk pemandu, rim kompang keluli bersaiz 14 inci dan tiga pilihan warna iaiatu Ivory White, Glittering Silver dan warna baharu Granite Grey.
 

x


Sejak dilancarkan pada tahun 2014, Perodua telah berjaya merekodkan pendaftaran sebanyak 606,756 unit Axia termasuklah model Axia seba baharu yang dilancarkan pada Februari 2023.

Perodua menyasarkan jualan Axia E MT sebanyak 1,500 unit sebulan.
 

axia


Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin berkata, “Perodua Axia E telah diuji dan terbukti dalam pasaran sejak bertahun-tahun, dan kami percaya varian ini akan memenuhi peranannya bagi memberikan peluang kepada pemilik motosikal untuk memiliki kereta baharu

“Berdasarkan perbincangan kami dengan institusi-institusi kewangan tempatan, kami mendapati pembeli hanya perlu membayar RM300/bulan untuk kos sewa beli Axia E. Ini adalah sama dengan kos yang perlu dibayar untuk pembelian motosikal baharu,” ujarnya lagi.
 

axia


Berikut merupakan perbandingan harga jualan Axia E sejak tahun 2014 hinggalah sekarang.

Axia E 2014 – RM24,600
Axia E 2017 – RM24,900
Axia E 2019 – RM24,090
Axia E 2023 – RM22,000