Perodua Axia 2023: Tempahan lebih 3,500 unit, sasaran jualan 5,700 unit/bulan

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang dijangka, model baharu Perodua terus mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sejak tempahan Perodua Axia 2023 dibuka pada 31 Januari yang lalu, Perodua mencatatkan tempahan sebanyak 3,591 unit dan daripada jumlah itu varian SE dan AV mencatatkan peratusan tinggi jika dibandingkan dengan varian lain yang ditawarkan.

Disebabkan produksi Axia generasi pertama telah pun ditamatkan, Perodua kini sedang berbincang dengan 44,000 pelanggan yang telah menempah Axia lama untuk bertukar kepada model generasi baharu.
 

Axia


Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, langkah tersebut ternyata membuahkan respons positif, di mana rata-rata pelanggan bersetuju untuk bertukar kepada Axia 2023, walaupun Axia baharu dijual pada harga sedikit mahal.

Jelasnya lagi, Perodua bukanlah sekadar pengeluar kereta murah semata-mata, akan tetapi mereka mahu menjadi sebuah pengeluar yang menawarkan produk dengan spesifikasi dan nilai yang tinggi pada harga yang lebih berpatutan.

Spesifikasi ringkas Perodua Axia 2023 boleh dibaca pada pautan di bawah:

Baca: Spesifikasi ringkas Perodua Axia 2023

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia berikutan pendedahan Daihatsu Motor Co. dalam satu kenyataan mengesahkan terdapat salah laku di…
Berita Domestik
Isu tersebut telah menjejaskan 88,000 unit kenderaan yang dipasang di Thailand dan Malaysia dan…
Telah Diuji
Berdasarkan semakan di media sosial Careta, tidak kurang ramai juga yang menyambut baik kehadiran…