Perodua Axia 2019 dilancarkan dengan 6 varian bermula dari RM24,090

oleh SALINA JALIL|
Perodua secara rasminya telah melancarkan Perodua Axia 2019, kenderaan berciri keselamatan terkini dengan harga mampu milik bermula dari RM24,090 tanpa insurans dan cukai jalan.


Hatchback segmen-A yang diperbaharui ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin di Perodua Sentral, Petaling Jaya.



PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

axia style

 

Enam varian Perodua Axia 2019 yang ditawarkan adalah :-

 

1.  Axia varian E transmisi manual RM24,090


2.  Axia varian G transmisi AT RM33,490 


3.  Axia varian GXtra transmisi AT RM34,990 


4.  Axia varian SE transmisi AT RM38,890 


5.  Axia AV transmisi AT dan premium RM43,190


6.  Axia varian terbaharu baharu STYLE transmisi AT RM38,890
 

 

“Sejak tempahan dibuka pada 22hb Ogos lalu, kami telah menerima lebih 5,000 tempahan untuk Perodua Axia 2019, sebelum model tersebut diperlihatkan kepada umum,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

 

“Selama 26 tahun, Perodua telah menggerakkan Malaysia dengan kenderaan kompak berkualiti yang menawarkan praktikaliti, kebolehpercayaan, pemanduan mudah dan kos pemilikan keseluruhan yang rendah. Atas sebab-sebab ini, Perodua Kancil dan Viva telah menjadi pilihan ramai sebagai kenderaan pertama.

 

“Perodua Axia 2019 meneruskan semangat itu dan menawarkan ciri-ciri canggih yang tidak dijangka boleh didapati pada kenderaan entry-level dari segi keselamatan serta gaya, namun masih kekal mampu milik.


 

 

Varian teratas/premium Perodua Axia 2019, iaitu AV, dilengkapi dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*) 2.0, yang terdiri daripada Pengesan Pejalan Kaki (sehingga 50 km/j), Amaran Pra-Pelanggaran (sehingga 100 km/h), Brek Pra-Pelanggaran (sehingga 80 km/j), Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control untuk mengurangkan risiko pelanggaran.

 

Semua varian dari GXtra dan ke atas didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan kawalan cengkaman (TRC), dan semua varian kecuali varian E mempunyai ABS dengan Pengagihan Daya Brek Elektronik. ISOFIX juga terdapat pada semua varian, manakala varian SE dan AV pula dilengkapi dengan filem tingkap keselamatan dan solar.

 

 

Tambahan baharu kepada keluarga Axia adalah varian baharu STYLE, yang didatangkan dengan bumper hadapan dan belakang yang tampil lebih lasak dengan elemen skid plate, cladding badan, lampu belakang lensa jernih, moulding bumbung, spoiler belakang dan rim aloi lima-jejari 15-inci. Warna baharu Sunrise Orange yang eksklusif bagi varian ini melengkapkan gaya ala-ala crossover.

 

“Perodua Axia STYLE baharu mewakili keinginan untuk tampil berbeza dan unik; menyerlahkan sisi aktif dan keseronokan yang wujud dalam diri kita semua, pada masa yang sama mengekalkan ciri-ciri Axia iaitu kualiti, praktikal, luas, rekabentuk pintar dan mudah dipandu,” kata Dato’ Zainal.


 

Dengan kecekapan bahan api 22.5 km/l untuk manual, 21.6 km/l untuk auto dan 20.8 km/l untuk varian STYLE, perintis Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) Malaysia ini masih menjadi antara kenderaan paling cekap bahan api di negara ini.

 

“Kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk mengunjungi mana-mana cawangan jualan kami yang sah di seluruh negara, di mana anda boleh melihat dengan lebih dekat dan memandu uji Perodua Axia 2019.

 

“Penasihat jualan kami bersedia membantu dan menjawab pertanyaan anda mengenai model baharu ini serta produk dan perkhidmatan kami yang lain,” kata Dato’ Zainal.

 

Perodua Axia 2019

Varian

Trans

Warna

Harga S M’sia

Harga M’sia Timur

E

MT

Ivory White

RM24,090

RM26,090

G

AT

Ivory

White

Glittering Silver

Midnight Blue

RM33,490

RM35,490

GXtra

Ivory White

Glittering Silver

Midnight Blue

Lava Red

RM34,990

RM36,990

STYLE

Ivory White

Glittering Silver

Midnight Blue

Sunrise Orange

RM38,890

RM40,890

SE

Ivory White

Glittering Silver

Midnight Blue

Lava Red

RM38,890

RM40,890

AV

Ivory White

Glittering Silver

Midnight Blue

Lava Red

RM43,190

RM45,190

Semua harga atas jalan sebelum insurans. Waranti lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu) bagi semua varian.

 

 

 

 

Aksesori GearUp bagi Perodua Axia 2019

Harga S M’sia

Harga M’sia Timur

Rear spoiler

RM300

RM305

Black B-pillar stickers

RM80

RM81

Seat covers

RM600

RM610

Door visors

RM150

RM153

Anti-theft brackets (5-in-1)

RM175

RM177

Chrome scuff plates

RM140

RM143

Window shades

RM85

RM87

Luggage tray

RM80

RM82

Coil mats

RM140

RM143

Door comfort

RM450

RM458

Hood insulator

RM72

RM74

Lite Package (rear spoiler + side skirts)

RM980

RM995

Utility Package (door visors + coil mats + luggage tray)

RM330

RM337

Semua aksesori GearUp boleh dimasukkan ke dalam pinjaman pembelian kenderaan baharu Perodua dan didatangkan dengan waranti enam bulan.

 

*ASA adalah sistem bantuan pemanduan yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran dan bukan pengganti pemanduan selamat. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika memandu.

 

 

axia luggage space

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…
Hezeri Samsuri
Namun begitu, untuk pemain-pemain industri, mereka tahu isu itu tidak akan terhenti di situ sahaja…