Perodua Ativa Hybrid dikesan, 300 unit, unit CBU Jepun?

oleh Mohamad Hanif|
Dalam tempoh beberapa bulan selepas pelancaran rasmi Perodua Ativa tahun lalu, kita turut dapat melihat kelibat sebuah model SUV Rocky e:Smart Hybrid sedang diuji di jalan sekitar Bukit Bintang.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Kehadiran model ujian tersebut turut disahkan sendiri oleh Presiden dan CEO Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad di mana pihak mereka sedang menguji model tersebut untuk tujuan penilaian sebelum ia ditawarkan di pasaran tempatan kelak.

Berdasarkan gambar terbaharu (gambar utama) yang dimuatnaik oleh Soh Lin Siong ke laman group Perodua Ativa中文交流区 (D55L ), unit yang diuji tersebut kini menampilkan logo Perodua tanpa mengubah sebarang aspek rekaan luaran seperti yang terdapat pada model Ativa.

 

sumber gambar: Dansoon Yoong, dipetik dari Funtasticko


Menurut laporan daripada rakan media Automachi, model Ativa Hybrid (dengan kod nama D47B) sebenarnya merupakan unit import CBU sepenuhnya dari pasaran Jepun sebelum ditukarkan lencananya untuk pasaran tempatan.

Selain itu, Perodua dijangka hanya akan membawa masuk sebanyak 300 unit sahaja untuk permulaan dan Ativa Hybrid ini akan dijual secara pajakan sahaja.

Di Jepun, Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid menampilkan trenkuasa hibrid yang terdiri daripada gandingan enjin 1.2 liter NA (WA-VEX) yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 82 hp dan 105 Nm.

 

sumber gambar: Dansoon Yoong, dipetik dari Funtasticko


Kuasa tersebut tidak disalurkan terus ke roda, sebaliknya ia hanya digunakan untuk mengecas pek bateri 4.3 Ah sebelum disalurkan kembali ke motor elektrik berkuasa 106 hp/170 Nm.

Menurut Daihatsu, disebabkan ia hanya menggunakan motor elektrik sahaja untuk bergerak, Rocky e:Smart Hybrid mampu menawarkan pecutan yang lebih mengujakan, lebih senyap, serta boleh dinikmati menggunakan ciri pemanduan pedal tunggal (Smart Pedal).
 

Rocky


Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid juga mampu mencatatkan penggunaan bahan api serendah 3.57 liter/100 km, jauh lebih jimat berbanding 5.29 liter/100 km pada Perodua Ativa 1.0 liter turbo.

Menurut maklumat yang diperoleh, Perodua dijangka akan melancarkan Ativa Hybrid secara rasmi menjelang akhir tahun ini.

Baca: Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid

Baca: Perodua sah uji Ativa Hybrid

Sumber: Automachi, Funtasticko

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Model yang dinamakan sebagai Rocky e:Smart Hybrid itu kini dikesan berada di jalan raya di sekitar…