Perodua Ativa 2021 - tiga varian, bermula dari RM61,500

oleh Mohamad Hanif|
Sebentar tadi berlangsungnya acara pelancaran rasmi bagi SUV baharu Perodua Ativa dengan harga jualan yang lebih rendah berbanding anggaran asal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiga varian yang ditawarkan, Perodua Ativa dijual pada harga bermula dari RM61,500 sehingga RM71,200, dan harga tersebut sah sehingga pengecualian cukai jualan kerajaan berakhir pada 30 Jun nanti.

Berikut merupakan spesifikasi terperinci untuk setiap varian yang ditawarkan.

Perodua Ativa 1.0 X (RM61,500)

 

 

  • Enjin 1.0 liter turbo tiga silinder sebaris
  • Kuasa 97 hp/140 Nm
  • Transmisi D-CVT
  • Rim 16 inci
  • Tayar 205/65R16
  • Lampu utama LED, pelarasan manual, Suluhan Tinggi Automatik
  • Lampu belakang LED
  • Tempat duduk balutan fabrik
  • Sistem kemasukan tanpa kunci pintar
  • Sistem audio standard dengan sambungan Bluetooth dan MP3
  • Empat pembesar suara
  • Dua slot USB depan
  • Penderia parkir belakang
  • Ruang kargo 369 liter
  • Enam beg udara SRS
  • ABS, EBD, BA, Kawalan Kestabilan Kenderaan, Kawalan Cengkaman, Lampu Berhenti Kecemasan, Bantuan Mula Mendaki, ISOFIX
  • A.S.A - Amaran Pra-Pelanggaran, Brek Pra-Pelanggaran, Kawalan Salah Operasi Pedal, Amaran Pergerakan Hadapan
  • Driving Assist - Amaran Keluar Laluan, Pengelakan Keluar Laluan (LDP)

 


Perodua Ativa 1.0 H (RM66,100)
tambahan kepada spesifikasi di atas

  • lampu LED dengan indikasi sekuential, lampu selekoh
  • Adaptive Driving Beam (ADB)
  • Penderia parkir hadapan
  • Kamera undur
  • Lampu  kabus LED
  • Cermin sisi boleh lipat berkuasa elektrik
  • Rim 17 inci
  • Tayar 205/60R17
  • Stereng balutan kulit dengan butang kawalan audio
  • Skrin infotainmen 9 inci dengan Smartlink, Bluetooth, MP3
  • Skrin kluster instrumen digital 7 inci TFT
  • Tambahan dua slot USB di belakang


Perodua Ativa 1.0 AV (RM71,200)
tambahan kepada spesifikasi di atas

layangan warna dua tona, bumbung hitam opsyen

  • tempat duduk balutan kulit dua tona
  • kemasan krom pada tombol gear
  • ruang storan konsol tengah dengan elemen merah
  • enam pembesar suara
  • Perakam video pemanduan
  • Tambahan ciri - Kawalan jelajah adaptif, bantuan pengekalan tengah laluan, pemantauan titik buta, amaran lintasan trafik belakang

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…