Perodua atasi sasaran 2018 - Proton merudum akibat masalah pengeluaran

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perodua nampaknya terus melonjak ke atas. 

Jumlah penjualan untuk syarikat dari Sungai Choh, Rawang itu menunjukan peningkatan yang ketara.

Menurut sumber Careta, Perodua berjaya menjual melebihi dari sasaran asal.

Sasaran asal Perodua untuk 2018 ialah 209,000 unit kenderaan tetapi ia berjaya menjual hampir 230,000 unit.

Perodua bakal akan mengumumkan jumlah sebenar penjualan mereka untuk tahun 2018 dalam tempoh terdekat. 

Untuk Proton pula, dari info dalaman Careta, ia hanya mampu menjual kurang dari 65,000 unit untuk tahun 2018 walaupun berita tentang peningkatan jualan bualan mereka kerap digembar-gembur.

Ini ialah penurunan dari tahun 2017 di mana ia menjual 70,991 unit. 

Sumber Careta pula memberitahu bahawa permintaan untuk kenderaan Proton sebenarnya tidak menurun, tetapi ia mengalami masalah pengeluaran. 

Geely kini menumpukan fokus untuk mempercepatkan proses pemasangan tempatan (CKD) untuk model X-70. 

Ia dijangka akan berlaku pada suku keempat tahun ini dan tidak dapat dipastikan samada Proton akan diberikan permit tambahan untuk mengimport lagi unit X-70 dari China. 

Ia juga bermakna model SUV X-50 dan model MPV pengganti Exora akan dijual seawal tahun 2020 dengan model CKD. 

Projek-projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk model-model baharu Proton pula akan lebih bertumpu ke China, kecuali projek-projek kecil seperti "facelift" untuk model-model Proton sekarang.

Ini ialah sama seperti apa yang dialami oleh Perodua lebih dari 20 tahun lalu di mana Daihatsu melakukan R&D di pusat mereka di Jepun.

Tahun ini Perodua dijangka akan mengumumkan keputusan transformasi mereka di mana Daihatsu dan Toyota akan mengiktiraf kebolehan syarikat tempatan itu untuk membuat model baharu sepenuhnya dengan menggunakan enjin dan transmisi Daihatsu.


 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…