Perodua Aruz terbabas, terbalik, dua beradik maut, empat ahli keluarga cedera

oleh Penyumbang Rencana|
foto Berita Harian
Perjalanan pulang enam sekeluarga berakhir dengan tragedi apabila dua daripadanya maut selepas kereta dinaiki terbabas dan terbalik di Batu 32, Bukit Garam, di Kinabatangan, petang Rabu.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Mangsa remaja perempuan dan adik lelakinya berusia 10 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa cedera membabitkan dua kanak-kanak berusia enam dan 10 tahun serta dua lagi mangsa wanita dan lelaki berusia 53 tahun.

Difahamkan, mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke rumah mereka di Sukau.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba, Nurul Azlan Shah Jamalludin, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Aruz terbabas sendiri dan terbalik di atas jalan raya.

Artikel lanjut di Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
2,518 unit melibatkan Perodua Alza (varian X,H,AV) dan 1,139 unit Perodua Aruz (varian X,AV) dengan…
Berita Domestik
Laporan polis telah dibuat pada pukul 8.36 pagi Khamis. Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku…
Berita Domestik
Proton Persona sekarang pula terlalu kecil dan tidak menepati piawaian jabatan dan agensi kerajaan…