Perodua Aruz terbabas masuk kuil bukan sebab pemandu mabuk

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Polis menafikan kejadian tular membabitkan sebuah kereta terbabas masuk ke dalam sebuah kuil di Tanjung Rambutan di Ipoh pada Khamis berpunca daripada pemandu mabuk.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris sebaliknya berkata, kejadian berlaku selepas pemandu berusia 41 tahun itu tidak sedarkan diri menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam kuil sebelum melanggar tiang sengkuap (awning).
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Laporan polis telah dibuat pada pukul 8.36 pagi Khamis. Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di Kuil Arulmigusamayapura Mariamman di Tanjung Rambutan membabitkan kereta yang terbabas sendiri.

Kemalangan dipercayai berpunca daripada kereta dipandu penjawat awam yang dalam perjalanan dari arah Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan menghala ke Changkat Kinding itu tidak sedarkan diri apabila melepasi lampu isyarat.

“Berdasarkan rekod perubatan, lelaki itu merupakan pesakit kencing manis dan dipercayai mengalami gejala hipoglisemia semasa kejadian berlaku,” katanya lagi.

Menurut beliau, beberapa gambar dan video kejadian itu tular di media sosial dengan keterangan yang  berbaur provokasi dan menasihati orang ramai supaya dapatkan fakta dan rujukan yang sahih.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

 

Artikel sepenuhnya di Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pemandu kenderaan…
Berita Domestik
Beliau berkata hasil saringan air kencing mendapati wanita berusia 40-an itu negatif terhadap dadah…
Informasi
"Antara laluan yang terlibat ialah bermula di Dataran Merdeka - Jalan Raja - Jalan Raja Laut -…