Perodua Aruz - SUV Keluarga Yang Berbaloi Untuk Harga!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Perodua Aruz
Perodua Aruz
Di negara kita kereta keluarga seperti sedan, SUV dan MPV mempunyai pasaran yang besar. Pengguna tempatan ditawarkan dengan pelbagai pilihan sama ada buatan jenama tempatan atau luar.

Senang kata pilih sahaja yang mana berkenan cuma masalahnya nak beli yang mana satu?

Pertama sekali lihat kepada 2K iaitu keperluan dan kemampuan. Beli memang boleh beli tetapi jika tersalah beli dah susah hati.

Apa yang dimaksudkan dengan keperluan ialah apa yang kita perlukan dan bila diperlukan. Sebagai contoh anda mempunyai dua atau tiga orang anak dan suka untuk berjalan-jalan atau pulang ke kampung.

Pilihan yang praktikal ialah SUV dengan tujuh tempat duduk. Bagaimana pula dengan kemampuan?
Modenas
Perodua Aruz

 

Ini juga aspek penting atau paling utama. Ada yang mampu miliki Toyota Vellfire atau Alphard dengan harga ratusan ribu ringgit dan ada juga pilihan yang jauh lebih rendah.

Apabila membeli kereta, bukan sahaja bayaran ansuran perlu difikirkan malah kos lain seperti penyelenggaraan berkala, alat ganti dan cukai jalan pun harus diambil.

Senang kata, mampu beli dan mampu bela.

Jika ada yang tercari-cari kereta sebegitu jawapannya tidaklah rumit sangat.

Apa kata pertimbangkan Perodua Aruz? Apa kelebihan SUV ini? Mari kita lihat senarai di bawah:

Saiz sedang elok, tujuh tempat duduk

 

Perodua Aruz

 

Perodua Aruz merupakan SUV dengan tiga baris kerusi dan tujuh tempat duduk. Walaupun nampak kompak, bahagian dalaman tidak terlalu sempit.

Sepadan dengan keluarga yang mempunyai empat orang anak. Si abang dan kakak boleh duduk di kerusi barisan kedua dan ketiga atau si bongsu yang manja dengan ibu boleh duduk di barisan kedua.

Orang dewasa tak boleh ke? Tiada masalah untuk duduk di kerusi barisan kedua dan barisan ketiga tidaklah terlalu sempit asalkan saiz yang bersesuaian.

 

Perodua Aruz

 

Untuk keluarga yang mempunyai jumlah kecil pun tiada masalah kerana kerusi barisan ketiga boleh dilipat jika tidak digunakan atau mahu mengisi barang.

Jika nak bawa basikal ke taman pun tidak susah memandangkan SUV seperti ini adalah kenderaan yang bersesuaian.

Enjin 1.5 liter, cukai jalan murah, senang selenggara

Perodua Aruz menggunakan enjin 2NR-VE 1.5 liter Dual VVT-i yang turut digunakan pada Myvi 1.5 liter.

Tidak dinafikan trend sekarang ialah enjin bernadikan turbo dan transmisi CVT namun enjin aspirasi normal dan transmisi automatik konvensional seperti Aruz mudah diselenggara dan ringkas untuk dijaga.

Enjin ini diketahui tidak banyak karenah dan boleh diharap, itu yang penting. Isi minyak, jaga servis dan jalan.

 

Perodua Aruz

 

Cukai jalan pula hanya RM100 setahun manakala penggunaan minyak ialah 15.6 km/l dengan Aruz diperakui sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) oleh kerajaan.

Penjimatan minyak Aruz turut disumbangkan oleh teknologi sistem Eco Idle yang menghentikan operasi enjin secara automatik ketika melahu seperti berhenti di lampu isyarat.

Bagaimana pula dengan kuasa? Boleh ke naik Genting?

Boleh dan tiada masalah, Aruz mempunyai kuasa enjin 101 hp pada 6,000 rpm dan tork 133Nm pada 4,200 rpm.

Pusat servis banyak, ada 190!

 

Perodua Aruz

 

Seperti yang dikatakan awal tadi, membeli kereta perlu fikir sekali bab nak membela. Dalam bab ini usah risau kerana Perodua mempunyai 190 rangkaian servis di seluruh Malaysia.

Kos pula mampu milik, jika dirujuk pada laman web Perodua, harga untuk servis berkala 10,000 km atau enam bulan hanya RM177.70 di semenanjung dan RM184.70 di Malaysia Timur.

Untuk servis major pada 40,000 km pula berharga RM558.96 di semenanjung dan RM587.93 di Malaysia Timur.

Pakej tersebut tidak lah terlampau mahal dan berpatutan untuk kereta keluarga sebegini.

Ada ASA dan enam beg udara!

 

Perodua Aruz

 

Satu perkara yang harus dipuji tentang Perodua ialah penawaran teknologi Advanced Safety Assist atau A.S.A untuk kenderaannya.

Aruz varian AV dilengkapi A.S.A 2.0 yang merangkumi teknologi canggih seperti berikut:

  • Amaran pra-pelanggaran dengan pengesanan pejalan kaki
  • Brek pra-pelanggaran dengan pengesanan pejalan kaki]
  • Peringatan Pergerakan Kenderaan Depan
  • Kawalan Tersalah Pijak Pedal

Walaupun Aruz AV canggih dengan A.S.A 2.0, kesemua varian Aruz dilengkapi teknologi keselamatan standard seperti berikut:

  • Enam beg udara
  • ABS dengan EBD dan Bantuan Brek
  • Kawalan Penstabilan Kenderaan
  • Bantuan Mula Mendaki
  • Bantuan Menuruni Curam
  • Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan
  • Peringatan Tali Pinggang Keledar untuk kesemua tempat duduk
  • Cagak ISOFIX pada kerusi barisan kedua

 

Perodua Aruz

 

Jelas di sini Perodua mementingkan keselamatan melalui pakej teknologi yang dilengkapi pada Aruz.

Selain itu, Perodua Aruz telah menerima penilaian 5 Bintang ASEAN NCAP untuk ujian pelanggaran.

Harga berpatutan, tak mahal sangat

 

Perodua Aruz

 

Ada dua harga yang ditawarkan mengikut varian iaitu RM68,526 untuk Aruz 1.5X dan RM73,226 bagi Aruz 1.5 AV yang lebih mewah dengan kerusi balutan kulit, A.S.A 2.0 dan sebagainya.

Waranti pula selama lima tahun 150,000 km.

Dengan pakej SUV keluarga, teknologi keselamatan canggih dan enjin ekonomikal harga yang ditawarkan Perodua boleh dikatakan berpatutan.

Senang cerita, mana nak dapat SUV keluarga yang boleh muat ramai dengan beg udara sampai enam unit?

Perodua Aruz jawapannya dan reka bentuk pun lawa!

Perodua Aruz

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kereta berwarna ungu itu telah…
Berita Domestik
  Jualan di bulan Mei terdiri daripada 2,612 Myvi, 2,028 Axia, 1,820 Bezza, 950 Aruz dan 476 Alza…
Berita Domestik
Kaji Selidik Kualiti Awal Malaysia 2019 itu mengukur bilangan masalah yang dialami oleh 100…