Perodua Aruz Kini Ditawarkan Dengan Warna Baharu Vintage Brown

oleh Qalif Latif|
Perodua hari ini memperkenalkan pilihan warna baharu untuk model SUV tujuh tempat duduk popularnya, Aruz. Warna Vintage Brown yang turut digunakan pada Perodua Alza kini menambah variasi kepada barisan warna sedia ada, menjadikan keseluruhan pilihan warna Aruz meningkat kepada enam.

 

V Brown

Selain Vintage Brown, pengguna juga boleh memilih daripada lima warna lain iaitu Elegant Black, Garnet Red, Glittering Silver, Granite Grey dan Ivory White.

V Brown

Walaupun tampil dengan suntikan warna baharu, tiada perubahan spesifikasi dilakukan pada model ini. Perodua Aruz kekal ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.5AV dan 1.5X. Dari segi harga, varian 1.5X dijual pada RM72,900 manakala varian tertinggi 1.5AV ditawarkan pada RM77,900.

Dengan penambahan warna baharu ini, Perodua dilihat terus memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna yang mencari SUV tujuh tempat duduk mampu milik, tanpa menjejaskan ciri praktikal dan keselesaan yang menjadi tarikan utama Aruz sejak dilancarkan.

Kami sudah buatkan jadual pembayaran supaya anda boleh merancang bajet, akan tetapi jika mahukan kiraan tepat insuran, bayaran muka, promosi semasa dan bayaran bulanan anda boleh rujuk bilik pameran Perodua terdekat.

Calc

V Brown

Berita Berkenaan

Berita Domestik
2,518 unit melibatkan Perodua Alza (varian X,H,AV) dan 1,139 unit Perodua Aruz (varian X,AV) dengan…
Berita Domestik
Mangsa remaja perempuan dan adik lelakinya berusia 10 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi…
Berita Domestik
Laporan polis telah dibuat pada pukul 8.36 pagi Khamis. Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku…