Perodua anjur Pertandingan Kemahiran Badan & Cat

oleh SALINA JALIL|
Perodua telah menganjurkan Pertandingan Kemahiran Badan & Cat (B&P) buat julung kalinya dalam usaha untuk membangunkan modal insan serta memberikan perkhidmatan B&P yang lebih baik kepada para pelanggannya.

Perniagaan B&P Perodua melibatkan pembaikan dan pemulihan kenderaan yang terlibat dalam kes kemalangan dan perlanggaran yang ditubuhkan pada tahun 2009. Selain proses tuntutan insurans, pembayaran tunai turut diterima bagi membantu pelanggan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Perniagaan B&P kami adalah untuk menyelesaikan masalah dan membaik pulih kenderaan yang terlibat dalam perlanggaran dengan memberikan kualiti kerja sebaik mungkin, serta meningkatkan keselamatan dengan penggunaan alat ganti tulen,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin.

 

“Keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami. Apabila sesebuah kenderaan terlibat dalam perlanggaran, keadaan struktur dan tahap keselamatannya mungkin terjejas. Juruteknik B&P kami telah dilatih secara profesional untuk memberikan mutu kerja yang terbaik dalam proses memulihkan kenderaan Perodua yang terlibat dalam perlanggaran,” tambahnya.

 

 

Pertandingan Kemahiran Teknikal Kebangsaan telah dianjurkan oleh Perodua sejak tahun 1997, yang melibatkan penasihat servis, foreman dan mekanik dari seluruh Malaysia tetapi ini merupakan kali pertama pertandingan dibuka untuk kakitangannya di B&P.

 

Para peserta diberikan senario sukar yang berkaitan dengan pelanggan dan dinilai bukan sahaja berdasarkan kebolehan teknikal dan kemahiran menyelesaikan masalah, malah penekanan yang diberikan kepada Kepuasan Pelanggan.
 

 

Pertandingan Kemahiran B&P Perodua ini disertai seramai 140 penasihat servis B&P, juruteknik badan dan juruteknik cat daripada 33 hab B&P dan 4S dari seluruh negara dan disaring sejak dari bulan Februari dan Mac lalu.

 

Peringkat separuh akhir pada April lalu telah menghasilkan 12 finalis dalam tiga kategori yang dipertandingkan iaitu penasihat servis B&P, juruteknik badan dan juruteknik cat. 

 

Peringkat akhir pada minggu lepas telah menyaksikan Norhizam Zainal Abidin (Hab Puchong B&P), Hazinin Rosli (Kota Kinabalu 2) dan Fazwan Mazlan (Kota Bharu 1) menjuarai kategori tersebut masing-masing.
 

 

“Kami mengucapkan tahniah kepada juara-juara kebangsaan B&P pertama kami – mereka mewakili Perodua dalam menawarkan perkhidmatan yang terbaik di negara ini dari segi B&P, dan menjadi contoh kepada kita semua, terutamanya kakitangan B&P kami di seluruh negara,” kata Dato’ Dr Zahari.
 

Belliau turut berkata, “Pertandingan Kemahiran B&P Perodua merupakan salah satu daripada inisiatif Perodua untuk mengukuhkan Pengalaman Perodua, yang bertujuan untuk menawarkan pakej mobiliti serba lengkap – merangkumi produk, alat ganti, perkhidmatan dan penyelesaian – bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan kami yang dihargai.” 

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…