Perodua Alza akhirnya tamat produksi Januari 2022, selepas 12 tahun!

oleh Mohamad Hanif|
Perodua Alza kini merupakan model Perodua yang paling lama berada di pasaran tanpa sebarang perubahan yang ketara sejak ia mula menerjah pada tahun 2009 sehinggalah sekarang.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Setelah 12 tahun, Perodua akhirnya mengesahkan penamatan produksi MPV segmen B itu pada Januari 2022, dan ia sekaligus memberikan petanda pengganti Alza hanya akan muncul selepas tempoh tersebut.

Menurut laporan rakan media Paultan, satu nota telah dihantar kepada para pengedar Perodua yang memberitahu penamatan produksi Alza pada akhir Januari, sebelum menghentikan terus penjualan model tersebut pada Februari 2022.

Antara sebab penamatan produksi Alza adalah disebabkan pelaksanaan piawaian emisi Euro 4 yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2022, berbanding Euro 2 yang dilaksanakan pada ketika ini.

Untuk tempoh tiga bulan terakhir ini, Perodua akan menghasilkan kira-kira 2,820 unit Alza pada bulan November, diikuti 2,283 unit pada Disember, dan 1,100 unit pada bulan Januari.
 

Xenia
Calon sesuai untuk Alza generasi baharu?

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.40 petang. Komander operasi melaporkan kemalangan…
Berita Domestik
“Kemalangan dipercayai berlaku semasa kereta berkenaan datang dari arah Jalan Besar menghala ke…
Berita Domestik
2,518 unit melibatkan Perodua Alza (varian X,H,AV) dan 1,139 unit Perodua Aruz (varian X,AV) dengan…