Perodua Alza 2022 - tempahan sudah dibuka dengan harga serendah RM69k?

oleh Mohamad Hanif|
Kami di Careta yakin, sudah ramai peminat yang sudah tidak sabar menantikan kehadiran model MPV terbaharu daripada Perodua, iaitu pengganti Alza serba baharu.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

MPV dengan kod nama D27A itu dikatakan bakal dilancarkan pada tahun ini, dan rakan media Paultan melaporkan sudah ada tempahan yang telah dibuka oleh sesetengah pengedar mendahului pengumuman rasmi oleh Perodua.

Menurut hantaran di Facebook Group, tarikh pelancaran bagi model Alza 2022 ini dijangka berlangsung seawal bulan depan, dan menariknya ia bakal dijual pada harga bermula dari RM69 ribu.

Difahamkan, Perodua bakal menawarkan sehingga tiga varian utama iaitu versi asas X, H dan varian AV yang lebih premium.
 

Xenia


Perodua Alza 2022 dijangka menggunakan platform baharu DNGA yang sama seperti model Toyota Avanza/Daihatsu Xenia serta Perodua Ativa, di mana ia mampu menyokong penawaran sistem keselamatan yang lebih moden dan menyeluruh sama seperti Perodua Ativa.

Dari segi kuasa, Alza baharu akan dibekalkan dengan nadi 1.5 liter (kod 2NR-VE) yang mampu menghasilkan kuasa 103 PS dan 136 Nm yang dipadankan dengan transmisi D-CVT.

Sementara itu, rakan media Funtasticko memberikan bayangan spesifikasi Alza baharu di mana ia bakal hadir dengan rekaan rim yang berbeza (15 dan 16 inci), ciri moden seperti brek parkir elektronik, kamera 360 darjah, pilihan mod pemanduan (Normal, Eco & Power), serta skrin paparan infohibur dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.
 

Xenia


Lebih menarik, Perodua Alza 2022 bakal mempunyai tanda harga bermula serendah RM69 ribu yang memberikan petanda Alza baharu ini akan menjadi lebih mahal berbanding model terdahulu yang dijual pada harga sekitar RM51 ribu-RM62 ribu.

Lebih banyak perincian bakal diketahui menjelang pelancaran dan pembukaan tempahan secara rasmi dalam masa terdekat, katanya dalam bulan Jun ini.

Sumber: Paultan, Funtasticko

Berita Berkenaan

Uncategorized
Melalui MoU itu, kedua-dua syarikat bakal menjalankan kajian kebolehlaksanaan serta bekerjasama ke…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata,…
Berita Domestik
"Tujuan kami ingin membantu dan memudahkan Perodua adalah kerana kami ingin menjadikan EV sebagai…