Perodua Alza 2022 raih penarafan lima bintang ASEAN NCAP

oleh Mohamad Hanif|
Model MPV baharu yang dilancarkan oleh Perodua siang tadi, iaitu Alza generasi baharu telah berjaya menerima penarafan lima bintang oleh Program Penilaian Kenderaan Baharu bagi Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Secara keseluruhan, Alza baharu memperoleh skor setinggi 81.64, dan merupakan model keempat yang diuji di bawah protokol 2021-2025 yang merangkumi empat aspek ujian seperti:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) - 36.20 mata
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) - 16.88 mata
  • Bantuan Keselamatan (SA) - 18.57 mata
  • Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) - 10.00 mata
     


Sebagai makluman, Perodua Alza 2022 didatangkan standard dengan kelengkapan seperti enam beg udara, ABS, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Peringatan Tali Pinggang Keledar (SBR) untuk penumpang depan dan belakang, Bantuan Suluhan Tingg serta teknologi perlindungan pejalan kaki untuk kesemua varian.

Malah, Alza baharu juga turut dilengkapi dengan ciri seperti sistem pemantauan titik buta (BSD), Amaran Keluar Lorong (LDW), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW) dan Bantuan Pengekalan Lorong (LKA).

 


Menurut Ketua Pengarah MIROS, Dato' Dr. Khairil Anwar Abu Kassim berkata, "Perodua Alza baharu merupakan model Perodua kedua yang diuji di bawah protokol 2021-2025 ASEAN NCAP. Meskipun dengan keperluan keselamatan yang lebih ketat, Perodua telah berjaya meningkatkan tahap keselamatan modelnya dengan memasang beberapa ciri penting sebagai standard untuk semua varian.

"Oleh itu, kami amat berbangga kerana pengeluar tempatan amat progresif dalam keselamatan kenderaan dengan mematuhi keperluan ketat ASEAN NCAP.

Beliau yang juga Setiausaha Agung ASEAN NCAP menambah, "Dengan pelancaran Perodua Alza baharu, Perodua telah menunjukkan semangat dan usaha berterusan untuk keselamatan pengguna jalan raya - bukan sahaja untuk pelanggan dan keluarga mereka, malah untuk pengguna jalan raya yang lebih terdedah kepada bahaya.