Perodua: 25,000 tempahan sehari!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk tempoh enam bulan pertama tahun 2022, Perodua telah berjaya menjual 127,343 unit kenderaan di Malaysia, atau peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding tempoh yang sama (Januari-Jun 2021) tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Peningkatan tersebut adalah disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap kenderaan Perodua pada separuh pertama tahun ini disebabkan oleh pengecualian cukai jualan yang telah ditamatkan pada 30 Jun 2022.

Daripada jumlah 127,343 unit yang telah didaftarkan, Perodua Myvi masih lagi merupakan model yang paling popular dengan jumlah 38,039 unit, diikuti Perodua Axia (29,183 unit), dan juga Perodua Bezza (28,719 unit).

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad berkata, "terdapat peningkatan tempahan yang diterima terutama selepas kerajaan mengumumkan lanjutan tempoh pendaftaran sehingga 31 Mac 2023, dan kami amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memilih Perodua sebagai jenama pilihan.

Pada hari terakhir sebelum inisiatif pengecualian cukai jualan dihentikan, Perodua mencatatkan jumlah tempahan tertinggi iaitu 25,100 unit untuk tempoh satu hari!

Selain daripada inisiatif pengecualian cukai jualan yang tamat pada 30 Jun 2022, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan ini adalah disebabkan oleh pendaftaran kenderaan yang rendah pada bulan Jun tahun lalu disebabkan oleh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bagi mengurangkan kes jangkitan COVID.

Sebagai perbandingan, Perodua hanya mendaftarkan sebanyak 1,009 unit kenderaan pada bulan Jun 2021, berbanding 21,164 unit untuk bulan Jun tahun ini.

Menurut Dato' Zainal lagi, peningkatan pendaftaran pada bulan Jun 2022 juga adalah disebabkan oleh bekalan komponen yang semakin pulih pada bulan Mei.

Namun, beliau juga turut menyentuh isu seperti masalah kekurangan pekerja mahir dan bekalan komponen yang masih kritikal, dan meminta pelanggan supaya dapat memahami masalah yang dihadapi terutama dari segi kelewatan pengedaran kenderaan.

"Kami memohon maaf di atas tempoh menunggu yang lama, dan akan melakukan sedaya upaya untuk meningkatkan lagi pengeluaran untuk manfaat pelanggan kami.

"Kami berharap masalah kekurangan tenaga mahir dapat diselesaikan dengan segera, memandangkan impaknya terhadap industri dan negara adalah signifikan.

Biarpun berdepan dengan pelbagai isu, Perodua masih lagi mengekalkan sasaran untuk mencapai angka produksi sebanyak 247,800 unit untuk tahun ini.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…