Permohonan pertukaran lesen PDL ke lesen CDL boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia hari ini telah mengumumkan inisiatif baharu untuk para pemegang Lesen Memandu Percubaan (PDL).
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Bemula esok, 17 Februari (Isnin) permohonan bagi pertukaran Lesen Memandu Percubaan (PDL) Kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dilakukan secara atas talian melalui aplikasi MyJPJ.

Menurut JPJ Malaysia, Pengenalan fungsi baharu tersebut bertujuan untuk memudahkan orang ramai membuat permohonan CDL secara dalam talian, tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ.

Fungsi baharu itu bakal memudahkan urusan seramai 2,383,043 pemegang lesen PDL untuk melaksanakan permohonan CDL melalui Aplikasi MyJPJ pada bila-bila masa dan di mana sahaja, menerusi telefon pintar mereka.

Para pemegang lesen PDL boleh melakukan permohanan CDL melalui cara-cara berikut di aplikasi MyJPJ :

  • Muat turun atau kemas kini aplikasi MyJPJ ke versi terkini.
  • Log masuk ke akaun MyJPJ anda.
  • Pilih menu "Permohonan CDL".
  • Pilih “Tempoh Pembaharuan”
  • Pilih “Mod Bayaran” dan bayar fi permohonan secara dalam talian.
  • Permohonan anda akan diproses dan anda akan menerima notifikasi status permohonan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kalau berlaku kehilangan lesen ataupun cukai jalan itu tidak men jadi masalah sekarang ini kerana…
Berita Domestik
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya masih membenarkan warga emas…
Berita Domestik
Ini membawa kepada beberapa pembaca Careta yang bertanyakan soalan jika lesen fizikal perlu dibayar…