Permohonan pengecualian cukai Tesla ditolak kerajaan India

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan India dilaporkan menolak permintaan CEO Tesla, Elon Musk untuk pengecualian cukai bagi kenderaan elektrik yang diimport masuk.

Menurut laporan daripada Bloomberg, pihak kerajaan ada mempertimbangkan cadangan yang diusulkan tersebut.

"Kami turut melihat sama ada struktur duti perlu disemak semula, namun sesetengah produksi domestik sudah pun bermula dan beberapa pelaburan wujud dengan struktur tarif semasa. Jadi jelas ia bukan satu penghalang buat Tesla," ujar Vivek Johri, pengerusi Central Board of Indirect Taxes and Customs India.

Terdahulu, Elok Musk mahu kerajaan India merendahkan duti import terhadap EV sehingga 100 peratus bagi membolehkan syarikatnya bertapak di negara tersebut.

Malah, terdapat beberapa kerajaan negeri India turut meminta pengecualian cukai dan menjemput Tesla untuk membina kilang di kawasan mereka.

Kerajaan persekutuan India meminta Tesla untuk mempertimbangkan mengimport masuk kit kenderaan binaan separa yang mampu merendahkan lagi duti import berbanding membawa masuk EV yang dibina sepenuhnya.

Menurut Johri, walaupun India telah meminta Tesla membentangkan perancangan pemasangan tempatan, syarikat tersebut masih lagi belum berbuat demikian, tidak seperti Mercedes yang sudah pun membangunkan pelan memasang EV di negara tersebut.

India merupakan negara kedua dengan populasi paling padat di dunia, namun peratusan pemilikan kenderaan elektrik masih lagi agak kecil, tidak pun sampai satu peratus.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kejadian itu berlaku di KM 47 Yamuna Expressway semasa Agastay dalam perjalanan dari Agra ke Delhi…
Berita Global
Tular satu rakaman yang menunjukkan keadaan jalan tar tersebut, dimana jelas kelihatan permukaan…
Berita Global
Selain daripada kenderaan komersial, Force Motors turut mengeluarkan kenderaan di dalam segmen…