Permohonan pembelian pesawat F/A-18C/D terpakai, masih belum terima kata putus dari Kuwait

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Permohonan perolehan pesawat pejuang F/A-18C/D terpakai oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) daripada Kuwait, masih belum menerima sebarang kata putus daripada negara itu.


Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pihaknya (termasuk kepimpinan kerajaan terdahulu) telah tiga kali mengutuskan surat permohonan kepada pemerintahan Kuwait, namun masih tiada jawapan diterima kementerian itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Cadangan perolehan pesawat F/A-18C/D terpakai dari Kuwait ini masih dalam peringkat penelitian. Tetapi disebabkan kerajaan Kuwait sudah lima kali kabinetnya bertukar, jadi tiada siapa yang benar-benar membuat keputusan sekarang ini.

 

"Tiada sebarang bentuk komitmen daripada Kuwait mengatakan bahawa mereka bersetuju atau tidak dengan permohonan kita, untuk mendapatkan jet-jet pejuang multi role combat aircraft (MRCA) ini," katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat dasar di Dewan Rakyat, pada Rabu.

 

Menurutnya, walaupun pesawat pejuang yang dipohon itu adalah jenis terpakai namun ia memiliki jam penerbangan yang rendah serta telah dinaik taraf.

 

"Jadi, kalau kita dapatkan perolehan dari Kuwait ini, ia merupakan satu perkara yang amat baik kerana boleh dapat dengan harga yang lebih murah," katanya.

 

Sementara itu, mengulas mengenai penambahan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion kepada MINDEF dalam belanjawan kali ini, Mohamad berkata ia bukan semata-mata berkait dengan isu perolehan projek kapal tempur pesisir (LCS).

 

"Seperti yang saya jelaskan masa jawab pertanyaan lisan dan penggulungan jawapan titah Diraja lalu, tidak timbul isu penambahan bajet untuk perolehan LCS sahaja.

 

"Ketika ini MINDEF sedang teliti khusus demi memastikan pembinaan LCS ini dapat diteruskan dan dalam fasa akhir memuktamadkan cadangan urusan penerusan projek melalui penyediaan memorandum jemaah menteri, yang dirancang dibentangkan dalam masa terdekat," katanya.

 

Mohamad berkata MINDEF akan berbincang dengan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan sebelum membentangkan hasil perbincangan tersebut kepada jemaah menteri dalam masa terdekat.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pasukan 'Eastern Theater Command' bawah tentera China turut melepaskan tembakan peluru berpandu…
Berita Domestik
  Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata, berdasarkan keperluan semasa, cabang…