Permit pergerakan dari 12 Kementerian dan agensi yang diluluskan sah sehingga 28 Jun 2021

oleh SALINA JALIL|
Semua surat atau permit pergerakan yang diluluskan sebelum ini hingga 14 Jun, masih diterima polis hingga tamat tempoh sekatan pergerakan penuh pada 28 Jun nanti.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata bagi tujuan penyelarasan penguatkuasaan kawalan pergerakan di sekatan jalan raya, polis akan terus menerima surat atau permit pergerakan yang dikeluarkan oleh 12 Kementerian dan Agensi yang dipersetujui oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kementerian dan Agensi yang mengeluarkan surat atau permit pergerakan adalah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); Kementerian Pengangkutan; Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi; Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI); Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

 

"Selain itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN); Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA); Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); Kementerian Belia dan Sukan (KBS); Bank Negara Malaysia (BNM); Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan PDR," katanya pada sidang media Rangkuman Operasi Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Pada masa sama, Hamzah mengingatkan orang ramai untuk tidak memalsukan atau memberikan maklumat palsu ketika membuat permohonan surat atau permit pergerakan daripada pihak berkuasa.

 

Sementara itu, Hamzah berkata, hampir 1,000 sekatan jalan raya dijalankan PDRM antara 1 Jun hingga semalam selain menutup 129 jalan kecil yang dikenal pasti menjadi laluan alternatif orang awam untuk melanggar larangan rentas negeri dan daerah.

 

Pada masa sama, Hamzah berkata, PDRM mengeluarkan sejumlah 9,808 kompaun dan melakukan 542 tangkapan atas pelbagai kesalahan pelanggaran SOP bagi tempoh sama.

 

Kementerian itu, melalui agensi penguatkuasaannya akan terus memantapkan pemantauan terhadap SOP sepanjang lanjutan sekatan pergerakan penuh dijadualkan hingga 28 Jun ini.

 

 

 

Berita Harian