Permit Kemasukan Kenderaan mula 1 Oktober 2019 - Fasa 1 untuk Singapura 

oleh HEZERI SAMSURI|
Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan bahawa sistem Vehicle Entry Permit atau VEP akan diperkenalkan untuk kenderaan negara luar masuk ke dalam Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mulai 1 Oktober, mana-mana individu yang memandu kenderaan luar masuk ke dalam negara melalui mana-mana laluan, tempat mendarat, check point atau laluan kemasukan perlu memohon dan mendaftarkan kenderaan tersebut terlebih dahulu dengan sistem VEP.

VEP akan dikeluarkan oleh JPJ di bawah Seksyen 66H, Akta Jalan Raya 1987.

Pendaftaran VEP boleh dilakukan secara online melalui laman web https://vep.jpj.gov.my.

Setelah pendaftaran dilakukan, pemilik kenderaan akan menerima notifikasi melalui e-mel untuk menempah masa pemasangan tag VEP-RFID.

Hanya kenderaan yang terpasang dengan peranti VEP-RFID akan dibenarkan masuk ke dalam Malaysia bila ia dikuatkuasakan.

 

VEP web

 

Penggunaan VEP ini akan dimulakan secara berperingkat dan untuk Fasa 1, kesemua kenderaan asing yang masuk ke Malaysia melalui Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di sempadan Johor - Singapura akan bermula pada 1 Oktober 2019.

Fasa 2 pula akan membabitkan semua pusat kemasukan kenderaan dari Thailand.

Fasa 3 ialah untuk kenderaan-kenderaan asing yang masuk melalui sempadan Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Untuk sistem VEP Fasa 1, peranti VEP-RFID boleh dipasang di empat tempat pemasangan di Johor Bahru:

  • RnR Gelang Patah (Arah Selatan)
  • Tempat parkir terbuka Plaza Angsana
  • RnR Pandan
  • Plaza Tol Lima Kedai

Kesemua pemilik kenderaan yang belum mendaftar untuk VEP diminta untuk berbuat demikian secepat mungkin.

Proses pendaftaran mengandungi tiga langkah mudah:

  1. Daftar untuk akaun VEP melalui laman web https://vep.jpj.gov.my. Ikut arahan di dalam laman web itu untuk butiran yang diperlukan.
  2. Slip kelulusan akan diterima melalui e-mel dan pilih tarikh serta masa untuk pemasangan peranti VEP-RFID di mana-mana pusat pemasangan.
  3. Pemasangan peranti VEP-RFID akan dilakukan di tempat yang telah dipersetuji. Bawa sekali dokumen-dokumen yang diminta (rujuk laman web di atas). Pemilik kenderaan perlu mengemaskini maklumat mereka secara online.


Setiap pendaftaran VEP adalah sah untuk tempoh lima tahun.

Untuk pertanyaan lanjut berkaitan VEP, sila hubungi talian +607- 5950669 atau e-melkan soalan anda ke [email protected]

 

Berita Berkenaan

Informasi
  "Setakat ini, tiada cadangan untuk meningkatkan kadar bayaran VEP di peringkat kementerian.…
Berita Domestik
Menurut Datuk Seri Shaharuddin Khalid, Ketua Pengarah JPJ ketika ditemui berkata, pelaksanaan…
Berita Domestik
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri…