Permintaan tinggi, Honda tambah lagi produksi S660 sebanyak 650 unit

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa bulan sahaja sebelum produksi ditamatkan secara rasmi, Honda nampaknya terpaksa menambah jumlah pengeluaran bagi kereta sports kei S660 gara-gara permintaan yang masih lagi tinggi daripada para pelanggannya.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Menurut laporan, Honda diberitakan menambah kira-kira 650 unit lagi pengeluaran model S660 yang boleh didapati dalam trim α dan β, serta pilihan transmisi manual atau CVT.

Honda turut meminta maaf disebabkan tidak dapat memenuhi permintaan yang terlalu memberangsangkan daripada para peminatnya, dan untuk itu Honda membuat keputusan untuk menawarkan 600 unit kepada pelanggan yang tidak sempat mendapatkan jentera kecil itu buat kali pertama.
 

S660


Sementara 50 unit lagi akan dijual menerusi cabutan bertuah dalam talian, di mana pendaftaran hanya akan dibuka pada 12 November sehingga 5 Disember, dan keputusan akan dipaparkan secara langsung pada 15 Disember nanti.

Bersempena dengan berita sedih yang diumumkan beberapa bulan yang lalu, Honda turut melancarkan S660 Module X Version Z yang menampilkan pilihan warna unik, emblem bertinta, rim aloi hitam, spoiler belakang hitam dan bumbung fabrik Bordeaux Red.

Tambahan 660 unit produksi model S660 tersebut nampaknya tidak akan menampilkan sebarang naiktaraf visual, selain mengekalkan enjin tiga silinder sebaris turbo 658 cc yang menghasilkan 63 hp dan 104 Nm.

Harga jualan bermula dari 2,031,700 yen (RM74,097) untuk model β dan 2,321,000 yen (RM84,467) untuk model α.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Set yang dijual lengkap dengan casis, tayar drift dan penghantar (transmitter) dan pemilik…
Berita Global
Honda Neo Classic Racer   Ianya adalah projek pengkomersialan Neo Classic Concept yang…
Berita Global
Menurut laporan daripada laman automotif Jepun Car Sensor, kelibat prototaip Sports EV itu dilihat…