Permintaan tinggi, Ford gandakan produksi trak pikap elektrik F-150 Lightning

oleh Mohamad Hanif|
Entah apa resepi yang digunapakai oleh Ford, akan tetapi 'hidangan' terbaharu mereka - Ford F-150 Lightning - ternyata laku dan mencatatkan permintaan yang memberangsangkan di kalangan rakyat Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehingga kini, sudah lebih daripada 200,000 unit tempahan telah diterima oleh Ford dan mereka menjangkakan 80 peratus daripada jumlah tersebut akan membawa balik trak pikap itu ke rumah masing-masing.

Permintaan yang tinggi itu memaksa Ford untuk melakukan penstrukturan semula terhadap pelan produksi asal.
 

F-150


Menjelang pertengahan tahun 2023, Ford mahu menggandakan produksi trak pikap elektrik tersebut kepada 150,000 unit per tahun di mana angka tersebut jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan sasaran awal berjumlah 40,000 unit setahun, dan diubah kepada 80,000 unit menjelang awal tahun 2023.

Menurut laporan daripada Automotive News, wakil syarikat Ford tidak mendedahkan secara terperinci bagaimana mereka mahu menggandakan produksi trak pikap tersebut, atau memerlukan pelaburan tambahan dan mencipta peluang pekerjaan baharu.

Apa yang pasti, berdasarkan respons yang memberangsangkan ini, rakyat Amerika Syarikat ternyata terbuka untuk menerima kehadiran trak pikap elektrik.
 

Ford


Malah, CEO Ford, Jim Farley turut menyatakan 70 peratus daripada tempahan yang diterima merupakan pelanggan baharu Ford dan juga pelanggan baharu trak pikap!

Baca: Ford F-150 Lightning
Baca: Ford F-150 Lightning Pro
Baca: Ford tutup tempahan F-150 Lightning
Baca: Ford F-150 Lightning boleh cas EV!

Sumber:  Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…