Ini ialah kerana walaupun pasaran dibanjiri dengan pelbagai pilihan SUV dan kereta elektrik (EV), ditambah dengan peperangan harga dari jenama-jenama China, Camry masih utuh sebagai pilihan utama sedan segmen D dari Jepun.
Malah, hanya Camry sahaja yang wujud di dalam kategori tersebut di mana jenama lain telah mengangkat bendera putih, menunjukkan Camry kekal mendominasi segmennya. Puncanya satu - Toyota faham kehendak pembeli segmen ini dan mereka penuhi segala permintaan mereka.
Camry 2.5V dilengkapkan dengan enjin A25A-FKS dengan sesaran 2.5-liter. Tanpa sebarang bantuan turbo, enjin Dynamic Force ini sudah terbukti dan ia menghasilkan 204PS dan 246 Nm melalui roda hadapan yang disambung kepada transimi 8-kelajuan Direct Shift.
Ia bukan berpaksikan kepada prestasi, dan pecutan 0-100 kmsj dalam tempoh 8.9 saat serta halaju maksimum 210 kmsj tidak akan menggugat mana-mana EV tetapi, kelompok peminatnya tidak mementingkan segala angka itu.
Yang penting, enjin Dynamic Force itu sudah terbukti secara global dari segi kelasakannya dan masih mampu memberikan pulang pinjamatan bahanapi sebanyak 6.6L/100km. Itu cukup bagus untuk sedan besar dari Jepun.
Rekabentuk yang seksi boleh dikatakan paling sporti dari generasi-generasi Camry sebelum ini. Ia menggunakan lampu-lampu LED untuk semua, termasuk lampu hadapan dwi LED dengan fungsi automatik.
Luaran yang moden sesuai dengan kabin yang juga mengikuti peredaran semasa - skrin paparan meter 12.3 inci sama besar dengan skrin sesentuh utama, dipadankan dengan sistem audio sembilan pembesar suara dari JBL dan fungsi telematik kenderaan, Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar.
Fungsi teknologi keselamatan terkini juga hadir - Toyota Safety Sense yang lengkap dengan amaran kecemasan autonomi, Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Pre-Collision Warning (PCS), Lane Tracing Assist (LTA) dan banyak lagi
Tempat duduk hadapan dengan balutan kulit dikawal secara elektrik serta pengecas nirwayar dan kamera papan pemuka.
Varian hibrid 2.5 HEV sebenarnya 80 kg lebih berat kerana dilengkapi dengan motor elektrik dan bateri tetapi ia mempunyai angka-angka lain yang lebih menarik.
Contohnya, Camry 2.5 HEV (yang juga menggunakan enjin yang sama dengan Camry bukan hibrid) mempunyai jumlah kuasa terkumpul sebanyak 230PS. Kadar daya kilas dari enjin pula ialah 221 Nm dan dari motor elektrik ialah 208 Nm.
Pecutan untuk hibrid juga lebih tegar - 7.2 saat tetapi halaju maksimum turun kepada 180 kmsj. Yang penting, penggunaan bahanapi untuk sedan hibrid ini cuma 4.0L/100km !
Kelengkapan lain sama seperti 2.5V bukan hibrid dan ini menggembirakan ramai kerana lebih mudah untuk membuat pilihan.
Harga terpakai Camry, baik hibrid atau enjin petrol biasa kekal tinggi di dalam pasaran tempatan kerana mutu perkhidmatan servis selepas jualan yang terbaik di dalam pasaran tempatan serta kelasakan kenderaan ini yang cukup diyakini oleh pemilik-pemiliknya.
Camry generasi ini nyata bukan hanya diminati oleh mereka yang berusia dan matang, tetapi oleh para eksekutif muda kerana rekabentuk yang lebih modern tanpa kelihatan terlalu agresif.
Sambutan yang menggalakkan terhadap model ini bukan berlaku secara kebetulan, ini adalah hasil komitmen Toyota sendiri dalam menghasilkan produk yang berkualiti tinggi, dan itulah sebabnya Camry G9 terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang mengutamakan kualiti, prestij dan keyakinan jangka panjang.
Untuk makluman lanjut dan lebih terperinci mengenai Toyota Camry generasi terkini, kunjungi ke pusat pameran dan pengedar sah Toyota di seluruh negara atau layari laman sesawang rasmi Toyota.com.my