Permintaan terlalu tinggi - Suzuki UK 'henti' jual Jimny

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya, kenderaan 4x4 comel daripada Suzuki ini terus mendapat tempat di hati masyarakat di UK apabila dilaporkan menerima tempahan yang sangat menggalakkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dan untuk menjadikan cerita lebih sensasi, terdapat beberapa pengedar di UK terpaksa menghentikan pengambilan deposi bagi setiap jualan Jimny disebabkan Suzuki UK hanya memperuntukkan sebanyak 1,200 unit sahaja untuk tahun 2019.

Disebabkan itu, terdapat sesetengah pengedar mengambil keputusan memberikan ruang kepada para pembeli untuk mendaftarkan minat sahaja terlebih dahulu bagi mereka yang ingin membeli Jimny. 
 


Memandangkan di Jepun, permintaan terhadap Jimny juga sebenarnya terlalu tinggi terima kasih kepada sistem percukaian Kei Car yang rendah, dan sekaligus menyebabkan produksi gagal menghasilkan volum yang dikehendaki oleh pasaran. 

Selain daripada itu, Suzuki juga dilaporkan mahu menghentikan penjualan Jimny buat sementara waktu bagi mengelakkan pelepasan emisi CO2.
 


Ini adalah kerana menerusi ujian pelepasan emisi WLTP, Jimny memperoleh skor yang sangat rendah dengan kadar pelepasan karbon ke udara sebanyak 178 g/km. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…