Permintaan terhadap trak pikap mewah saiz penuh meningkat - Mercedes mula tunjuk minat

oleh Mohamad Hanif|
Tiga kuasa besar Detroit iaitu GM, Ford dan Ram kini menghadapi masalah untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap pemilikan trak pikap bersaiz penuh yang lebih mewah, menggantikan sedan dan coupe yang berharga serupa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini merupakan satu fenomena baharu di mana sedan berspesifikasi mewah pada harga $70 - $100 ribu (RM300k - RM420k) tidak lagi menjadi keutamaan bagi golongan berkemampuan ini.

Menurut laporan daripada CNBC, General Motors kini sedang berusaha untuk menyiapkan tempahan Chevrolet Silverado 2019, terutama varian High Country yang dilengkapi dengan pelbagai ciri moden seperti tempat duduk dengan pemanas terbina dalam, slot pengecasan tanpa wayar, ciri penghapusan bunyi aktif dan pelbagai lagi. 
 


Sebagai perbandingan, harga jualan bagi Silverado varian High Country spesifikasi penuh mencecah kepada $70,000 dan harga ini dikira amat rapat bersaing dengan harga jualan Mercedes-AMG E 43 di sana. 

Ford, walaupun tidak menyerlah di dalam segmen kereta penumpang, mereka kini mampu bersaing di dalam segmen trak pikap saiz penuh, terima kasih kepada penjualan trak F-Series. 

Fenomena ini turut diakui oleh Doug Scott, ketua pemasaran trak pikap Ford berkata, "tiap kali kami menambah varian premium, para pembeli mahukan lebih spesifikasi berbanding sedia ada".
 


Ram pula tidak mahu kalah di dalam persaingan ini dengan melengkapkan ciri mewah pada Ram 1500 Limited Edition seperti sistem audio Harman/Kardon dengan 19 buah speaker, pek utiliti Limited Level 1, penyerap hentak tahan lasak dengan harga yang bermula dari $90,325 (RM379k++).

Dengan harga yang hampir mencecah kepada $100k tersebut ia masih lagi mampu menarik perhatian daripada para pembeli.   

Apa pula kata Mercedes?


Fenomena peningkatan permintaan terhadap trak pikap bersaiz penuh mewah ini turut mendapat perhatian daripada pembuat kenderaan mewah Mercedes-Benz, yang sebelum ini sudah pun hadir dengan siri X-Class yang ternyata kecil untuk diterima di pasaran Amerika Syarikat. 

Namun, hanya masa yang akan menentukan sama ada idea ini bakal direalisasikan atau pun tidak. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…
Berita Global
Di Eropah, Ford baharu sahaja melancarkan varian terbaharu Ranger MS-RT dengan penampilan yang…