Permintaan penerbangan kargo Malaysia Airlines Berhad melonjak naik

oleh SALINA JALIL|
Malaysia Airlines Berhad (MAB) menerima lonjakan permintaan untuk operasi penerbangan kargo sejak krisis COVID-19 melanda negara.


Pengurus Kanan Analisis Keselamatan Pesawat MAB, Kapten Jacob Kurien, berkata lebih 150 penerbangan penumpang-ke-kargo (P2C) direkodkan sejak Mac lalu yang merangkumi pelbagai destinasi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Melalui operasi perkhidmatan ini, hanya ruang kargo pada bahagian 'perut' (bawah) pesawat dipenuhkan," katanya pada sidang media yang disiarkan secara dalam talian, hari ini.

 

Jacob berkata, MAB turut melakukan operasi penerbangan kargo yang ditempatkan dalam ruang kabin (CIC) pada 14 Mei lalu dengan membawa pelbagai muatan, termasuk bekalan peralatan perubatan dari Melbourne, Australia.

 

Menerusi operasi itu, beliau berkata, ruang kabin pesawat, termasuk di bawah tempat duduk serta bahagian penyimpanan di atas kerusi penumpang, boleh diisi barangan kargo tetapi perlu mematuhi syarat saringan tertentu.

 

"Jenis barangan kargo yang akan ditempatkan dalam kabin pesawat, disaring supaya tidak termasuk bahan mudah terbakar, manakala hanya tempat duduk di bahagian ekonomi terbabit dalam operasi penghantaran kargo seperti ini dan bukan keseluruhan kabin pesawat.

 

"Bagaimanapun, tiada saringan untuk mengesan potensi penularan jangkitan COVID-19 menerusi perkhidmatan kargo kerana tiada bukti saintifik menunjukkan wabak itu berupaya disebarkan menerusi kaedah sedemikian.

 

"Setakat ini, kita meneroka potensi perkhidmatan kargo sepanjang tempoh pandemik COVID-19 merangkumi beberapa destinasi penting, iaitu Jepun, China, Amerika Syarikat dan Australia.

 

"Lonjakan perkhidmatan kargo sedikit sebanyak berfungsi sebagai penampan kesan krisis COVID-19, sekali gus menjana keuntungan MAB ketika keseluruhan industri penerbangan terjejas teruk," katanya.

 

Selain itu, Jacob berkata, MAB sedang menunggu kelulusan pihak berkuasa berkaitan untuk menempatkan barangan kargo di atas kerusi penumpang.

 

Beliau berkata, kelulusan itu berupaya memaksimumkan muatan pesawat, sekali gus meningkatkan keberkesanan kos operasi perkhidmatan kargo.

 

"Ia bagaimanapun terikat dengan syarat saringan keselamatan, iaitu tidak merangkumi muatan kargo yang mudah terbakar bagi menjamin keselamatan pesawat," katanya.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Berita Domestik
"Saya ada memberi cadangan kepada MAS supaya penumpang terjejas perlulah diberikan sedikit layanan…
Berita Domestik
Sama seperti pesawat B737-800 NGnya yang diperbaharui, 737-8 baharu itu turut menampilkan sistem…