Dikatakan, tiada penghasilan kenderaan jenama Jepun itu dibuat sejak Februari lalu, dan proses produksi Livina telah diserahkan kepada Mitsubishi Motors Corp, menurut Association of Indonesia Automotive Industries.
Kedua-dua fasiliti pemasangan itu terletak di Bandar Industri Bukit Indah, Jawa Barat kira-kira 65 kilometer dari Jakarta.
Ketika ditanya, presiden P.T. Nissan Motor Indonesia, Isao Sekiguchi hanya menjawab, syarikat itu kini menjalankan "program optimasi produksi dan penstrukturan semula operasi".
Mengikut data, produksi kenderaan jenama Nissan pada tahun lalu adalah sebanyak 3,468 unit, di mana angka tersebut jatuh mendadak sebanyak 70 peratus berbanding tahun sebelumnya, dan angka tersebut hanyalah 0.3 peratus berbanding jumlah produksi keseluruhan Indonesia.
Sebuah lagi fasiliti Nissan meneruskan operasi memasang kenderaan jenama Datsun yang turut mencatatkan angka produksi sebanyak 2,596 unit untuk tempoh Januari-Jun 2019, penurunan sebanyak 72% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Sebelum ini, Nissan telah mengumumkan pemberhentian kira-kira 12,5000 pekerja dalam tempoh tiga tahun akan datang, dan termasuklah perancangan untuk membuang 6,400 lagi pekerja di lapan pusat produksi berbeza pada Mac tahun hadapan.
Sumber: Bangkok Post