Menurut laporan daripada laman web automotif Jepun Car Watch, Honda Jepun telah pun menghentikan penjualan model supercar itu disebabkan permintaan yang semakin menurun, dan kelibat model ini disenaraikan di laman web rasmi sebagai "tidak lagi dijual".
Pun begitu, Honda mengesahkan penamatan penjualan Honda NSX ini hanyalah terpakai untuk pasaran Jepun, manakala produksi supercar itu masih lagi tetap berjalan seperti biasa.
Walaupun Honda Jepun tidak lagi menjual secara rasmi Honda NSX, sesetengah pengedar menawarkan model tersebut menggunakan perkhidmatan berasaskan langganan (subscription).
Sementara itu di luar pasaran Jepun, Honda NSX bukanlah satu pilihan yang popular di kalangan para peminat kenderaan berprestasi tinggi, memandangkan angka jualan NSX hanyalah sekitar 128 unit untuk tahun 2020, berbanding Audi R8 (538 unit) dan Mercedes-AMG GT (2,400 unit).
Malah, BMW i8 yang sudah dihentikan produksi itu jauh mengatasi angka jualan NSX dengan kelebihan 64 unit!
Sumber: Car Watch