Permintaan global untuk EV semakin lemah

oleh HEZERI SAMSURI|
Agensi-agensi berita antarabangsa kini melaporkan bahawa permintaan untuk kenderaan elektrik (EV) semakin perlahan.

Antara punca utama ialah peningkatan faedah pinjaman kenderaan di negara-negara maju untuk mengimbangkan kadar inflasi pos pandemik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan dari agensi berita Reuters, jualan kenderaan masih lagi menunjukan peningkatan tetapi permintaan pasaran tidak sehebat seperti yang dijangka oleh syarikat-syarikat automotif dunia.

Ini ditambah lagi dengan kegagalan kolaborasi GM-Honda bernilai US$5 bilion yang ditamatkan Rabu lalu.

Kedua syarikat itu pada awalnya mahu bekerjasama dalam penghasilan EV kos rendah.

Selain dari itu, syarikat bateri Korea, LG Energy Solution juga mengumumkan amaran bahawa permintaan EV tahun hadapan akan menjadi lebih rendah dari jangkaan awal kerana keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

Pelabur-pelabur juga menunjukan sentimen yang sama di mana nilai saham syarikat-syarikat berkaitan EV dilihat merudum.

 

 

Elon Musk sendiri minggu lalu mengumumkan pelan pembinaan Gigafactory Tesla di Mexico akan ditangguhkan kerana peningkatan faedah pinjaman kenderaan dan keadaan ekonomi global.

Apa pun, jualan EV di US bagi suku ketiga mencecah rekod 300,000 unit sementara jualan EV di Kesatuan Eropah naik 14.3 peratus dan di China naik 22 peratus.

Jualan EV di Asean juga melihatkan peningkatan kerana insentif yang diberikan oleh kerajaan-kerajaan dan untuk Malaysia, faedah pinjaman untuk EV adalah lebih rendah dari untuk kenderaan berenjin.

Namun begitu, sekiranya insentif cukai EV di Malaysia ditarik (bebas cukai import), harga EV bakal melambung tinggi dan pada ketika itu, permintaan sebenar untuk EV boleh dilihat.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…