Perlumbaan Vios Sprint Cup buka tirai hujung minggu ini

oleh Mohamad Hanif|
Hujung minggu ini (21-22 Mei) bakal menyaksikan seramai 38 orang bertempur dalam perlumbaan GAZOO Racing Vios Sprint Cup yang pertama kali dianjurkan serentak dengan perlumbaan Malaysia Championship Series (MCS) di Litar Antarabangsa Sepang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Acara ini menampilkan dua perlumbaan selama satu jam pada hari Sabtu dan Ahad bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM60,000.

Sebagai makluman, Vios Sprint Cup merupakan acara tambahan kepada Vios Challenge yang mengekalkan format 'one-make series' yang bermakna setiap peserta akan dibekalkan dengan jentera lumba Vios dengan spesifikasi yang serupa.

Ia bakal membariskan pelumba-pelumba berpengalaman dan tidak ketinggalan bakat-bakat muda seperti Naquib Azlan, Hayden Haikal, Mika Hakimi, Nabil Azlan, Bradley Benedict Anthony, Timothy Yeo dan Alister Yoong.

Untuk menjadikan perlumbaan yang lebih adil, setiap perlumbaan memerlukan pelumba berpengalaman digandingkan dengan pelumba muda, seperti contoh Prima Peal TD Racing bakal membariskan Tengku Djan dengan Mika Hakimi, sementara Laser Motor Racing pula membawakan gandingan Mark Darwin dan Bradley Benedict Anthony.

Perlumbaan 1 GR Vios Sprint Cup pada hari Sabtu akan menyaksikan kedua-dua pelumba menyertai pusingan kelayakan berasingan, di mana pelumba terpantas akan memulakan perlumbaan terlebih dahulu sebelum membuat hentian pit wajib untuk penukaran pelumba.

Hari kedua pula menampilkan susunan grid terbalik berdasarkan keputusan Perlumbaan 1, di mana pelumba yang kurang pantas akan memulakan perlumbaan satu jam tersebut sebelum membuat hentian pit wajib.

Perlumbaan GAZOO Racing Vios Sprint Cup boleh disaksikan secara langsung di Litar Antarabangsa Sepang, atau dengan melayari laman web www.toyota.com.my atau FB UMW Toyota.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan 1 pada hari Sabtu menyaksikan pelumba veteran Eddie Lew bersama gandingan pelumba muda…
Sukan Bermotor
Ianya sebahagian daripada Malaysia Championship Series (MCS) dan akan terdiri daripada dua…
Sukan Bermotor
Berdasarkan keputusan perlumbaan Vios Sprint Cup yang berlangsung hujung minggu lalu, pelumba muda…