Perlumbaan Rally Sprint bakal meriahkan suasana hujung minggu ini

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada 11 Disember hujung minggu ini, Perlumbaan KBS Rally Sprint 2022 Siri 2 akan diadakan bertempat di kawasan parkir A1 dan A3 Litar Antarabangsa Sepang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perlumbaan itu dibuat mengikut konsep Rally Sprint yang memberikan 6.1 km jarak perlumbaan untuk setiap peringkat.

Acara itu bakal disertai 27 buah jentera dari pelbagai tetapan seperti rali, litar, drift dan gymkhana yang akan berentap bagi merebut kejuaraan.

Ianya menampilkan beberapa nama baru dan beberapa orang lama seperti Saladin Mazlan, Chong Kah Who, Dato' Haniff Borhan, Shah Bandi, Rafizal, Faidzal Alang, Mitch Chong, Syah Rizal dan ramai lagi.

map

Perlumbaan itu diadakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama sokongan Sepang International Circuit (SIC) dan diselia oleh Motorsports Association of Malaysia (MAM).

KBS Rally Sprint 2022 tahun ini dianjurkan oleh X-One Motorsports Club dan dipromosikan oleh Race & Rally Garage.

Mereka yang ingin menyaksikan acara perlumbaan tersebut bagi memeriahkan lagi suasana boleh hadir dan masuk secara percuma.